Idea Warna Kuku Yang Akan Memeriahkan Penampilan Anda

Sekali-sekala tidak salah cuba gaya baru.

Rias cantik hujung rambut ke kaki wajar dilengkapi dengan rias jemari dengan sentuhan rona yang terlihat lebih rapi, moden dan menarik.

Serlahkan lagi penampilan anda dengan idea warna kuku yang menyeronokkan ini.

Kombo Klasik

Sudah sinonim, rona merah jadi pilihan untuk rias kuku. Ia dikatakan warna ‘wajib’ ada buat si pemakai agar tampak lebih berani dan ranggi. Boleh juga warnakan jari manis anda dengan rona silver metalik untuk cipta kelainan.

Trio Rona Blok

Jadi lebih kreatif dengan merias kuku anda dengan tiga rona yang harmoni. Paduan kuning raja, biru elektrik dan sedikit calitan merah jambu sesuai untuk anda yang inginkan elemen moden fantasi.

Polos Dan Minimal

Warna putih gading sesuai untuk anda berjiwa minimalis. Sesuai jika anda mempunyai bentuk kuku yang runcing dan panjang, riasan kuku akan tampak lebih kemas dan rapi. Inginkan efek anggun, calitkan sedikit pengilat kuku metalik pada jemari anda.

Si Pastelina

Jika anda kurang gemar dengan mainan rona yang cerlang dan terang, cuba rias kuku rona pastel seperti merah jambu cair dan hijau turqoise. Asasnya, disapukan terlebih dahulu rona coklat cair lalu tambahkan rona merah jambu cair bertekstur kilat. Nampak lebih feminin, dan manis.

Baca Juga: Cuba Riasa Kuku Menarik Ini