Bawah Lengan Lebih Licin Tanpa Perlu Bercukur

Cuba sendiri remedi ini!

Mencukur bawah lengan sebenarnya boleh menyebabkan kerengsaan dan hasilnya cuma mampu bertahan selama 24 jam. Selain bercukur, anda boleh mencuba menggunakan kaedah alami untuk mendapatkan bawah lengan yang lebih licin dan cerah.

 

Gula dan Jus Lemon

Ini antara ramuan terkenal untuk memerangi bulu yang tidak diinginkan. Gabungan kedua bahan ini menghasilkan pes bergula, bahan yang kelihatan seperti lilin yang dapat membantu menghilangkan bulu dengan mudah dan mampu bertahan sehingga empat minggu.

Anda boleh cuba ramuan ini:

  • 1 cawan gula
  • 1/4 cawan madu
  • 1/2 (2 sudu besar) jus lemon
  • Campurkan bahan dalam mangkuk dan kacau sehingga rata, kemudian letakkan di dalam ketuhar gelombang mikro selama dua minit.
  • Keluarkan dan kacau setiap 20 hingga 30 saat. Biarkan sejuk sebelum digunakan.

Lemon sifatnya berasid, jadi ia bertindak sebagai agen pemutihan, mengurangkan rambut atau bulu selain melambatkan pertumbuhan bulu. Anda boleh cuba remedi ini:

  • Ambil dua sudu gula dan setengah cawan air suam.
  • Tambah dua sudu besar jus lemin dan kacau dengan baik
  • Sapukan ke bahagian bawah lengan dan biarkan selama 20 minit.
  • Basuh dengan air suam sambil menggosok sedikit.
  • Ulang dua hingga tiga kali seminggu.

Telur Putih dan Tepung Jagung

Selain pada wajah, anda juga boleh cuba gunakan topeng wajah peel off pada bahagian bawah lengan. Ia berkesan untuk mengurangkan bulu pada badan sama seperti kesannya mengurangkan bintik hitam. Anda boleh cuba ramuan ini:

  • Pecahkan telur, tuangkan telur putih dalam mangkuk dan asingkan telur kuning.
  • Tambah setengah sudu besar tepung jagung, satu sudu besar gula, dan kacau dengan teliti.
  • Sapukan pes pada kawasan berbulu dan biarkan sampai kering. (Anda perlu duduk dengan tangan dinaikkan ke atas)
  • Kemudian, tarik masker yang sudah kering.

Susu dan Kunyit

Anda juga boleh cuba remedi ini untuk membuat bulu bawah lengan tumbuh dengan perlahan dan menjadi nipis setiap kali. Apa yang anda perlukan adalah:

  • Tiga sudu tepung kunyit
  • Satu sudu teh susu
  • Campurkan kedua bahan ini sehingga menjadi pes yang tebal dan sapukan pada bahagian bawah lengan selama 20 hingga 30 minit sehingga pes tersebut menjadi kering.
  • Kemudian, basahkan tuala dengan air suam dan gosokkan dalam gerakan bulat.
  • Basuh bahagian bawah lengan sehingga bersih dan keringkan dengan tuala.
  • Ulang dengan kerap untuk kesan yang lebih ketara.

Betik dan Kunyit

Betik mengandungi enzim yang mampu memusnahkan folikel rambut dan menghalang pertumbuhan semula. Anda boleh cuba remedi ini:

  • Ambil satu hingga dua sudu besar betik mentah yang telah ditumbuk, campurkan dengan setengah sudu serbuk kunyit dan kacau sebati.
  • Sapukan ke bahagian bawah lengan dan urut dengan lembut.
  • Biarkan pes selama 15 minit kemudian basuh.
  • Ulang dua hingga tiga kali seminggu untuk beberapa bulan.

Kunyit dan Serbuk Penaik

Anda juga boleh gunakan remedi mudah ini bagi melicinkan bahagian bawah lengan.

  • Letakkan satu bahagian kunyit, dua bahagian serbuk penaik dan campurkan dengan air.
  • Tambahkan air secara beransur-ansur sambil mencampurkan bahan untuk membentuk pes.
  • Sapukan ke bahagian bawah lengan dan biarkan pes kering.
  • Gosokkan campuran dengan tangan, kemudian basuh dan lap bahagian bawah lengan.
  • Warna kulit mungkin akan berubah kerana kunyit, jadi pastikan anda gosok bahagian bawah lengan dengan kuat.

Sumber Gambar: Depositphotos