8 Bahan Semula Jadi Untuk Putihkan Gigi

Tidak perlu habiskan ratusan ringgit!

Mungkin ada di antara anda yang telah menghabiskan ratusan ringgit untuk memutihkan gigi. Prosedur ini sangat mahal dan ia perlu diulangi berkali-kali tetapi tahukah anda bahawa di rumah ada banyak barangan semula jadi yang boleh digunakan untuk mendapatkan hasil sama? Dan ia sangat murah!

Berikut adalah cara untuk memutihkan gigi secara semula jadi.

Halia, Garam & Lemon

Bagaimana untuk menggunakannya: Parut sedikit halia. Ambil 1/4 sudu teh garam dan masukkannya ke dalam halia. Potong kepingan lemon, perah jus ke dalam campuran tadi dan kacau sekali lagi. Sapukannya dengan berus gigi.

Kaolin Clay

Bagaimana untuk menggunakannya: Sapukan kaolin clay pada gigi dan berus menggunakan berus gigi secara perlahan. Kemudian, kumur menggunakan air bersih.

Garam Epsom

Bagaimana untuk menggunakannya: Campurkan garam dan air dalam kuantiti yang sama. Kacau gara sehingga ia larut. Sapukan campuran pada gigi menggunakan berus gigi. Anda juga boleh berkumur dengannya kemudian berkumur dengan air bersih.

Daun Neem

Bagaimana untuk menggunakannya: Masak daun neem di dalam periuk berisi air. Tapiskannya supaya cecair itu bersih. Biarkan ia sejuk dan berkumur dengan cecair tersebut.

Daun Pudina Dan Minyak Kelapa

Bagaimana untuk menggunakannya: Kisar daun pudina dan tambahkan ke minyak kelapa. Gaul sebati dan sapukan campuran ke gigi menggunakan berus gigi. Jangan gunakan banyak daun pudina, tiga atau lima daun sudah mencukupi.

Hidrogen Peroksida & Serbuk Penaik

Bagaimana untuk menggunakannya: Campurkan serbuk penaik dengan hidrogen peroksida dalam nisbah 1:2. Kacau sehingga ia berubah menjadi pes. Gosok gigi dengan lembut menggunakan campuran ini dan berkumur dengan air yang banyak.

Serbuk Koko & Minyak Kelapa

Bagaimana untuk menggunakannya: Campurkan serbuk koko dengan minyak kelapa atau air. Kacau sehingga menjadi pes. Berus gigi seperti biasa menggunakan campuran ini.

Cuka Dan Serbuk Penaik

Bagaimana untuk menggunakannya: Campurkan satu sudu teh cuka epal dengan satu sudu teh serbuk penaik. Kacau sehingga membentuk campuran homogen. Berus gigi dengan pes yang dihasilkan dan berkumur dengan air yang banyak.

Sumber Gambar: Depositphotos