6 Kebaikan Cuka Epal Untuk Rambut Yang Lebih Sihat

Boleh cuba tip mudah ini!

Cuka epal sememangnya dikenali dengan kebaikannya untuk kesihatan dan menghilangkan lemat di dalam badan. Selain daripada digunakan untuk kesihatan, cuka epal juga sebenarnya baik untuk kecantikan terutama sekali untuk rambut. Jadi, jika anda inginkan rambut yang lebih sihat, cuba gunakan cuka epal yang mempunyai enam kebaikan ini.

Memulihkan Tahap pH Kulit Kepala

Menurut kajian yang pernah dijalankan oleh institut di luar negara, tahap pH yang tinggi boleh mendatangkan risiko kerosakan kepada  kutikel rambut, rambut kusut, kulit kepala kering dan iritasi. Tahap asid dalam cuka epal dapat membantu melawan tahap alkali pH sekali gus dapat meningkatkan kesihatan kulit kepala anda.

Menghilangkan Pengumpulan Sisa Produk Rambut

Bahan yang terdapat dalam produk seperti syampu, perapi rambut, hairspray, gel dan mousse akan meninggalkan sisa yang akan kekal pada kulit kepala dan rambut. Ini akan membuatkan helaian rambut anda kelihatan kusam dan tidak bermaya. Jadi, untuk menyelesaikan masalah ini, gunakan cuka epal.

Rambut Kering dan Keriting

Bagi pemilik rambut kering dan keriting, kekurangan lembapan pada rambut boleh menjadi satu cabaran. Cuka epal sangat membantu pemilik rambut yang kering dan keriting kerana ia membantu untuk menghidrasikan lapisan luar rambut anda.

Merawat Kulit Kepala Kering dan Iritasi

Dengan kelebihan seperti antibakteria dan antifungusnya, cuka epal dapat membantu untuk mengurangkan masalah kelemumur, disebabkan oleh pembentukan kotoran pada kulit kepala, yang sekali gus menjadikan kulit kepala dan iritasi.

Rambut Lebih Bersinar

Cuka epal dapat membantu untuk melicinkan kutikel rambut dan membantu untuk membuatkan rambut lebih bersinar. Caranya, campurkan satu hingga tiga cawan cuka epal dengan dua cawan air. kemudian tambahkan sedikit syampu dan cuci rambut anda seperti biasa.

Mengurangkan Masalah Rambut Gugur

Kulit kepala yang sihat adalah kunci kepada mengelakkan masalah rambut gugur dan cuka epal dapat membantu kulit kepala anda dilindungi dengan menentang bakteria dan mengekalkan tahap pH.

Gambar: Depositphotos