5 Resipi Semula Jadi Menggunakan Kopi Untuk Wajah Yang Sihat

Bukan hanya untuk diminum, tetapi juga digunakan dalam rutin cantik.

Secawan kopi yang baru dibancuh adalah permulaan yang sempurna setiap pagi. Dan, sepanjang hari, secawan kopi bersamaan dengan rehat yang enak selama lima minit.

Dalam dunia kecantikan, kafein dikatakan baik untuk merangsang dan menyihatkan kulit, dan mungkin boleh juga gunakannya dalam rutin kecantikan asas di rumah, menggunakan kopi yang anda minum sebagai bahan utama.

Mask Eksfoliasi

Kopi adalah pngelupas semula jadi yang baik untuk menghilangkan sel kulit mati. Ia merangsang pengeluaran kolagen dan bertindak sebagai anti-radang. Setelah menggunakan masker kopi, kulit di leher dan wajah akan jadi lebih lembut, bersih dan halus.

Bahan yang diperlukan:

  • 1 cawan serbuk kopi (150 g)
  • 1 cawan gula perang (200 g)
  • 3 sudu besar minyak zaitun (48 g)
  • 2 sudu besar madu (50 g)

Cara Penyediaan:

Campurkan semua bahan dalam bekas dan pastikan masker tidak terlalu tebal. Teksturnya mestilah agak ringan dan senang diaplikasikan pada wajah.

Bagaimana Menggunakannya:

Sapukan lapisan masker ke seluruh wajah dan leher. Sambil melakukannya, ambil peluang ini untuk mengurut kulit. Biarkan sehingga kering dan bilas dengan air suam. Pastikan bekas ditutup rapat di dalam peti sejuk supaya anda boleh pakai masker tersebut seminggu sekali.

Skrub Bibir

Bibir adalah penyumbang senyuman yang indah, itulah sebabnya mengapa anda perlu pastikan bibir sentiasa terhidrasi dan sihat. Ini boleh dicapai dengan minum air secukupnya, menggunakan balm bibir setiap hari dan menghilangkan kulit kering. Berita baik adalah anda boleh  membuat skrub yang ringkas dan murah di rumah.

Bahan yang diperlukan:

  • 1 sudu teh serbuk kopi
  • 2 sudu kecil minyak zaitun

Cara Penyediaan:

Campurkan kedua bahan ke dalam mangkuk sehingga sebati. Anda harus mendapatkan pes yang agak keras.

Bagaimana Menyediakannya:

Sapukan skrub ke bibir anda dan gunakan jari untuk mengurut skrub dengan gerakan bulat. Gunakan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Bilas dengan air dan kemudian gunakan pelembap bibir kegemaran anda.

Syampu

Kopi mengandungi khasiat  yang menjadikannya sangat baik untuk penjagaan rambut dan kulit kepala. Ia merangsang peredaran darah dan membuang sel kulit mati, mencegah keguguran rambut. Ia juga menguatkan rambut, menggelapkan warna semula jadi rambut dan memberikan aroma yang menyenangkan. Sekiranya anda inginkan rambut yang panjang dan sihat, syampu buatan sendiri ini adalah apa yang anda perlukan.

Bahan yang diperlukan: 

  • Syampu neutral
  • 2 sudu serbuk kopi
  • 1 cawan air

Cara Penyediaan:

Gunakan syampu yang tidak mengandungi banyak komponen, yang paling neutral boleh dijumpai dalam bilik air. Panaskan air sedikit tanpa mendidih. Biarkan sejuk sedikit dan campurkan air dengan kopi dalam cawan yang sama. Kacau hingga sebati. Dengan bantuan corong, tuangkan campuran ke dalam botol syampu. Tutup dan goncangkan dengan baik. Biarkan syampu selama dua jam sebelum menggunakannya.

Bagaimana Menggunakannya:

Sapukan syampu seperti biasa, mengurut kulit kepala dengan gerakan bulat. Biarkan ia selama lima minit dan bilas dengan baik. Anda boleh menggunakannya dua atau tiga kali seminggu.

Masker Lingkaran Gelap

Tidur yang tidak mencukupi, tekanan atau penyakit adalah antara penyebab kerap munculnya eyebag atau lingkaran gelap di bawah mata, yang membuatkan anda kelihatan letih dan lebih tua. Untuk hilangkannya sangat mudah dan anda boleh menggunakan dua bahan ini.

Bahan yang diperlukan:

  • 1/4 cawan kopi hitam pekat tanpa  gula
  •  2 keping kentang

Cara Penyediaan:

Rendam dua keping kentang dalam secawan kopi hitam yang sangat sejuk. Biarkan kepingan di dalam kopi selama dua minit dan toskan.

Bagaimana Menggunakannya:

Letakkan kepingan kentang di atas mata dan biarkan selama 20 minit. Gunakan patches ini sebanyak yang anda perlukan.

Skrub Badan

Kopi sangat baik untuk melawan selulit kerana ia merangsang peredaran darah. Ini membantu membuang lebihan cecair yang terkumpul di tisu penghubung. Ia memerlukan beberapa minit tambahan untuk memasukkan kopi dalam rutin kecantikan anda, tetapi ia pasti berbaloi.

Bahan yang diperlukan:

  • 5 sudu teh serbuk kopi
  • 3 sudu kecil minyak kuman gandum (wheat germ)
  • Pembalut plastik

Cara Penyediaan:

Campurkan kedua-dua bahan ke dalam mangkuk sehingga ia membentuk pes pekat.

Bagaimana Menggunakannya:

Sapukan campuran tersebut ke bahagian badan yang diinginkan. Balut dengan plastik selama 30 minit. Tanggalkan plastik, urut kawasan tersebut dengan gerakan bulat selama lima minit, dan bilas dengan air suam. Gunakannya dua kali seminggu.

Sumber Gambar: Depositphotos