5 Petua Untuk Naikkan Seri Wajah Ratu Sehari

Pastikan kulit wajah sentiasa sihat menjelang hari bahagia.

Bagi ratu sehari, amat penting sekali jika kulit berada dalam keadaan yang baik dan sihat sebelum majlis perkahwinan.

Amalkan lima langkah ini seawal tiga bulan sebelum majlis nikah, anda akan jadi pengantin paling anggun.

Ambil Makanan Kaya Air

Menu yang mempunyai kandungan air yang tinggi dapat membantu penghidratan tubuh serta kulit, sama seperti minum H20. Cuba amalkan buahan dan sayuran yang padat air seperti beri, tembikai, plum, pic, timun, seleri, lada benggala dan salad.

Amalkan Minum Air Mencukupi

Anda sudah sedia maklum akan tip ini. Lapan gelas air akan buat kulit tampak sihat dan anjal. Jika anda tidak gemarkan air kosong, cuba tambah potongan timun dan lemon untuk rasa lebih segar sekali gus meraih ciri antioksidan yang mesra kulit.

Bersihkan Wajah Dengan Teliti

Anda boleh cuba gajet untuk membersihkan muka dengan lebih jitu. Wajah yang bersih membolehkan produk kecantikan menyerap ke dalam kulit sehingga ke lapisan penghidratan.

Gunakan Produk Dengan Kuasa Penghidratan Tinggi

Tahukah anda, kalsium kini hero penghidratan? Ini kerana ia 10 kali lebih kaya kuasa penghidratan berbanding air thermal. Jadi, gunakan produk kecantikan yang mengandungi kalsium kerana ia dapat membantu mengembalikan kelembapan dan memerangkap molekul air pada permukaan wajah.

Bersenam Dengan Betul

Senaman mampu memperbaiki sistem peredaran darah dan menaikkan seri wajah, namun jika anda tidak memastikan, namun jika anda tidak memastikan tubuh cukup penghidratan, tidak betul juga. Ikuti panduan ini:

  • Minum sekurang-kurangnya setengah liter air, dua ke tiga jam sebelum bersenam.
  • Minum 0.2 liter air 20 ke 30 minit sebelum senaman atau sewaktu memanaskan tubuh.
  • Minum 0.1 liter ke 0.3 liter air setiap 10 ke 20 minit sewaktu senaman.
  • Minum 0.2 liter tidak lebih 30 minit selepas senaman.
Sumber Gambar: Depositphotos