Cuba 5 Cara Semula Jadi Untuk Kurangkan Bulu Bawah Lengan

Bawah lengan lebih licin dan cerah!

Mencari penyelesaian ajaib untuk menghilangkan bulu badan mungkin tiada lagi buat masa sekarang tetapi itu tidak bermakna anda perlu melalui kesakitan rawatan waxing untuk kurangkan bulu badan.

Sudah ada peluang di rumah ini, anda boleh cuba lima cara semula jadi untuk mengurangkan bulu halus di bawah lengan.

Teh Chamomile

Terkenal dengan kualiti dan manfaat untuk kulit. Selain itu, teh jenis ini juga ternyata dapat membantu  mengurangkan bulu halus di bahagian tubuh. Caranya adalah rebus teh chamomile dalam secawan air. Tapis dan biarkan ia sejuk. Kemudian, sapukan teh di bahagian bawah lengan dan biarkan ia kering. Basuh dengan air sejuk. Ini akan menipiskan bulu bawah lengan dari masa ke semasa.

Jus Lemon

Lemon dapat membantu mencerahkan bawah lengan. Perah jus daripada beberapa biji lemon dan sapukan pada bahagian tersebut. Biarkan selama 15 hingga 20 minit, elakkan daripada terkena cahaya matahari. Jika kulit anda sensitif, campurkan madu bersama jus lemon sebelum menyapukannya.

Pes Betik Dan Kunyit

Ambil dua sudu pes betik dan campurkan dengan setengah sudu serbuk kunyit. Gaul sehingga sebati dan sapurkan pada bawah lengan atau kaki dan biarkan selama 15 minit. Ulangi sekali seminggu. Ini dapat membantu menipiskan bulu halus dan mungkin menghilangkannya sepenuhnya.

Teh Spearmint

Menurut kajian yang dijalankan di luar negara, spearmint berfungsi untuk menipiskan bulu untuk wanita. Minum teh ini dengan kerap boleh mengurangkan tahap testosteron dalam badan, secara automatik memperlahankan pertumbuhan bulu halus.

Produk Soya

Manfaat soya terlalu banyak untuk disenaraikan. Tetapi mungkin ramai yang tidak tahu bahawa makan produk soya boleh mengawal pertumbuhan bulu yang tidak diingini. Malah, menurut satu kajian yang dijalankan di luar negara, soya boleh mengurangkan dimensi folikel rambut, menjadikan bulu halus nipis dari masa ke semasa.

Sumber Gambar: Depositphotos