Kulit Sihat, Alam Sekitar Terjaga

Selain menjaga kecantikan, anda juga boleh berbakti kepada alam sekitar

Jenama kecantikan, Kiehl’s telah meneruskan usahanya untuk menjadikan alam sekitar ini lebih selamat dengan kempen Kiehl’s Made Better dan turut mengadakan parti yang interaktif, dianjurkan dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap kecantikan yang boleh dikitar semula di kalangan rakyat Malaysia.

Majlis itu telah dihadiri lebih daripada 300 rakan media, influencer dan rakan perniagaan. Mewakili tuan rumah ialah Pengurus Besar Kiehl’s Worldwide, Cheryl Vitali. Menurut Vitali, kempan Kiehl’s Made Better ini adalah platform yang menghubungkan usaha berterusan jenama tersebut dalam menjadikan planet lebih selamat kepada memberikan inspirasi kepada pelanggan Kiehl’s dalam cara yang berbeza.

Tambah Vitali lagi, sudah menjadi misi Kiehl’s sejak 1851 untuk dedikasi dalam mengekalkan konsep kecantikan yang boleh dikitar semula bukan sahaja dalam bahan yang digunakan tetapi juga dalam pembungkusan produk dan membantu komuniti lokal.

Kiehl’s Made Better terdiri daripada lima tiang utama iaitu bahan Naturally-derived ingredients, Sustainably-sourced ingredients, Recycled Material, Responsible packaging and manufacturing dan Kiehl’s Gives Mission di mana tetamu yang hadir boleh mencuba sendiri aktiviti berdasarkan lima tiang utama ini.

Lihat juga selebriti yang turut memeriahkan majlis tersebut.

Pengurus Besar Kiehl’s Worldwide, Cheryl Vitali

Rita Nadira (Kanan) dan Ezlisaa Loy (Kiri)

Datin Sri Maria Farida (Kanan) dan Ainul Aishah (Kiri)

Elizabeth Tsen (Kanan) dan Ryzal Jaafar (Kiri)

Pengurus Besar Kiehl’s Worldwide, Cheryl Vitali dengan produk Kiehl’s

Suasana di sekitar majlis Kiehl’s