Aiman Hakim & Zahirah Macwilson Pantau Tahap Kecergasan Dengan Garmin Fenix 6

Pantau aktiviti seharian anda dengan jam tangan pintar gaya hidup ini!

Pasangan Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson sebagai duta jam tangan Garmin siri Fenix 6 bersama rakan media berpeluang menyertai aktiviti Garmin Wellness Retreat iaitu HIIT (high intensity interval training), Yoga dan kembara hutan di Glamz, Genting Highlands. Kesemua aktiviti dipantau oleh jam tangan gaya hidup pintar, Garmin siri Fenix 6 yang nyata cukup canggih dengan teknologi tinggi.

Jam tangan pintar GPS Garmin siri Fenix 6 ini boleh mengesan pelbagai aktiviti sukan di Malaysia termasuk aktiviti lasak. Koleksi ini hadir dengan jangka hayat bateri yang lebih lama sehingga beberapa hari. Body Battery diperkenalkan buat pertama kalinya dalam siri Fenix untuk membantu anda menguruskan jadual latihan, masa rehat dan tidur. Siri ini hadir dengan Fenix 6, Fenix 6S dan Fenix 6X.

Jam tangan GPS Fenix 6 dan Fenix 6X direka lebih nipis agar lebih selesa di pergelangan tangan dengan saiz paparan skrin 1.3” dan 1.4”, lebih besar berbanding siri Fenix 5 Plus sedia ada. Selain itu, Garmin edisi Sapphire telah ditambah kualiti serta ketahanan kanta tahan calar serta bahan premium berprestasi tinggi.

Fenix 6x dan Fenix 6X Pro Solar pula mempunyai ketahanan di bawah sinar matahari. Edisi Fenix 6X Pro Solar juga direka dengan Power Glass iaitu kanta pengecasan solar telus yang menggunakan tenaga matahari untuk memanjangkan jangka hayat bateri selama 21 hari, ditambah tiga hari lagi apabila menggunakan kemampuan pengisian solar.

Selain itu, turut dimuatkan dalam siri Fenix ini adalah peta topografi untuk aktiviti pengembaraan luar, peta ski untuk lebih 2,000 pusat peranginan ski di seluruh dunia dan 41,000 padang golf. Memaparkan simpanan muzik pada peranti sehingga 2,000 lagu, ia membolehkan anda menyamakan senarai main dari beberapa perkhidmatan muzik yang paling popular tanpa menggunakan telefon. Anda juga boleh menerima isyarat pada pergelangan tangan untuk panggilan masuk, teks, e-mel dan banyak lagi dengan mendayakan pemberitahuan pintar.

Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson bersama rakan media di Glamz, Genting Highlands.

Baca juga: Seleksi Set Hari Natal Daripada Marks & Spencer