Ada apa dengan ulang tahun Hanis Zalikha?

Cakenis lancar koleksi terbaru sempena hari lahir Hanis Zalikha

Cakenis melancarkan edisi terhad koleksi The Origami Cake sempena bulan ulang tahun Hanis Zalikha iaitu pada 9 Oktober. Setiap koleksi ini direka bentuk oleh Hanis Zalikha sendiri dengan bantuan pasukannya. Koleksi ini diinspirasikan daripada seni lipatan kertas Jepun iaitu Origami yang diperagakan pada cetakan tudung.

Ia hadir dalam enam rona dan nama seperti Apricot, Windmill, Oxford, Pinata, Paper Mache dan Unicorn. Setiap tudung terdapat cetakan monogram Cakenis untuk kelihatan lebih menarik. Setiap kotak koleksi Origami Cake ini akan dilengkapi dengan satu set kertas lipatan origami itu secara eksklusif dengan harga RM180 sehelai.

Hanis Zalikha memperagakan selendang Apricot

Cetakan tudung seperti ini sesuai digayakan dengan persalinan polos dan senada. Tidak kira persalinan ke pejabat mahupun pakaian hujung minggu. Pasti ramai lebih tertumpu pada tudung anda yang tampil ala bidadari.

Hanis Zalikha menggayakan tudung bawal Oxford