4 Cara Solek Mata Dengan Merah Jambu

Paling senang, paling menawan!

Warna merah jambu atau pink sering dikaitkan dengan rona meraikan cinta dan kasih sayang atau memberikan definisi manis feminin pada penampilan seseorang.

Namun, tidak semua orang berani menggayakannya kerana ia dianggap ‘warna’ untuk orang berkulit cerah sahaja. Di dalam kamus solekan, penggunaan warna tidak terhad, malah anda harus berani bereksperimen dengan pelbagai rona dan teknik agar kanvas solekan terlihat sentiasa menarik, cantik dan mengikuti arus trend terkini.

Bagaimana ingin terjemahkan rona asas merah jambu di dalam solekan anda? Pelajari empat riasan mata yang berlatarkan nuansa merah samar ini agar wajah beseri bak bunga yang sedang mekar di jambangan.

BACA JUGA: Kenapa Krim Malam Penting Dalam Rutin Kecantikan?

1 of 4

MANIS MINIMALIS

Hiasi kelopak dengan dedebu halus pembayang mata berona merah jambu cair. Leret kemas dengan nipis celak mata untuk membiaskan efek mata lebih besar dan bundar. Asas solekan dibina dengan bedak asas tekstur matte, untuk memberikan efek pusam agar kemasan solekan kekal lebih lama.

1 of 4