Tiga Kopi Pilihan Musim Perayaan

Ayuh singgah ke Starbucks!

Starbucks sekali lagi membawakan minuman istimewa sempena musim percutian hujung tahun. Tiga minuman ini sudah boleh anda dapatkan di kesemua cawangan Starbucks di seluruh Malaysia.

Holiday French Vanilla Latte

Minuman perisa baharu ini mengangkat rasa vanila Perancis yang kaya dan lembut. Ia dilengkapkan dengan snowman coklat putih dan taburan putih serta biru umpama salji bagi memberi perasaan meraikan perayaan. Holiday French Vanilla Latte ini hadir dalam minuman panas, berais dan ais kisar.

Toffee Nut Crunch Latte

Minuman kegemaran ini hadir lagi di Starbucks untuk anda yang gemarkan rasa buttery toffee nut yang dipadankan dengan espresso dan susu. Ia dilengkapkan dengan krim putar dan taburan crunchy toffee nut. Toffee Nut Crunch Latte  ini hadir dalam minuman panas, berais dan ais kisar.

Peppermint Mocha

Satu lagi minuman kegemaran di Starbucks yang kembali kepada peminatnya! Minuman istimewa ini menggabungkan espresso dan susu, ditambah lagi dengan paduan rasa coklat dan peppermint. Ia tidak lengkap tanpa krim putar, mocha drizzle dan taburan candy cane. Peppermint Mocha ini juga hadir dalam minuman panas, berais dan ais kisar.

Tidak cukup dengan itu, Starbucks juga hadir dengan pelbagai barang lain sperti Starbucks 2020 Planner, tumbler, Holiday Starbucks Card, Starbucks HolidayBlend, Starbucks HolidayBlend Espresso Roast dan Starbucks HolidayBlonde Roast.