Tart Makanan Laut Mediterranean

Hidangan tart mudah sedia.

Chef Nik Badrul Hisham Nik Mustapha, pengasas restoran Nick’s Kitchen Studio berkongsi resipi tart mudah sedia yang boleh anda cuba di rumah.


Saiz hidangan: 2
Tempoh penyediaan: 20 minit

Bahan-bahan:
4 shell tart
150g yogurt
100g krim keju
1 sudu besar jus lemon
Sedikit daun kucai, dipotong halus
Garam dan lada hitam, secukup rasa
100g isi salmon, dipotong kiub
100g isi kupang, direbus
100g udang
100g sotong
4 ceri tomato, dipotong dua
1 ulas bawang putih
2 sudu besar minyak zaitun
Sedikit daun dill, sebagai hiasan

Cara Membuatnya:
1. Masukkan krim keju, yogurt, jus lemon, daun kucai, sedikit garam dan lada hitam ke dalam mangkuk. Gaul hingga sebati.
2. Kemudian ambil satu sudu besar adunan krim keju tadi dan letakkan ke dalam shell tart. Ketepikan.
3. Panaskan minyak zaitun dan masukkan bawang putih, salmon, kupang, sotong, udang dan ceri tomato. Masak selama tiga minit dan letakkan garam serta lada hitam secukup rasa. Biarkan sejuk seketika dan masukkan ke dalam shell tart tadi.
4. Hiaskan dengan daun dill. Sedia untuk dihidang sebagai hidangan pembuka selera.