Roti Kopi Walnut

Hidangan roti berasaskan kopi.

Saiz hidangan: 8
Tempoh penyediaan: 2 jam 15 minit

Bahan Doh Span:
300g tepung protein tinggi
½ sudu kecil yis
10g gula
180g air sejuk

Bahan Doh Utama:
180g tepung protein tinggi
120g tepung gandum
5g yis
100g gula
60g krim segar
1 telur (sejuk)
80g air sejuk
10g serbuk kopi
60g mentega (sejuk)

Bahan Lain:
180g walnut panggang

Cara Membuatnya:
Penyediaan Doh Span
1. Masukan kesemua bahan ke dalam pengadun dan uli menggunakan cangkuk uli. Uli selama 10 minit.
2. Keluarkan doh dah masukkan ke dalam mangkuk dan tutup dengan plastik. Biarkan pada suhu bilik selama dua jam sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk selama 12 ke 16 jam.

Penyediaan Doh Utama
1. Keluarkan doh span tadi daripada peti sejuk dan masukkan ke dalam pengadun. Kemudian tambahkan bahan doh utama dan uli selama 10 minit. Tambahkan walnut panggang dan uli lagi selama lima minit.
2. Masukkan doh ke dalam mangkuk yang telah digris dengan minyak dan tutup dengan plastik. Biarkan sehingga doh kembang dua kali ganda.
3. Kemudian keluarkan doh dan bagikan kepada empat bahagian. Bentuk doh kepada bentuk bola, tutup dengan tuala lembap dan rehatkan selama 10 min.
4. Dengan menggunakan pin rolling, leperkan doh dan gulung menjadi bentuk swiss roll.
5. Masukan dua doh ke dalam tin roti bersaiz kecil.
6. Biarkan selama 45 ke 60 minit hingga doh kembang atau 90 peratus naik.
7. Kemudian bakar selama 45 minit pada suhu 170 darjah Celsius.
8. Keluarkan daripada tin dan biarkan sejuk sebelum sedia dimakan.

Resipi: Chef Suriya Abdullah