Resipi Salad Buah-Buahan Segar

Salad buahan ini sesuai dijadikan snek berkhasiat.

Gantikan kerepek dengan snek sihat seperti salad buah-buahan segar ini.

Saiz hidangan: 4

Tempoh penyediaan: 15 minit

Salad buah-buahan

Bahan-bahan:

  • Strawberi
  • Beri biru
  • Epal
  • Anggur
  • Delima
  • Pear
  • Tembikai susu
  • Betik
  • Plum
  • Yogurt Greek
  • Madu atau gula, secukup rasa
  • Secubit garam
  • ½ lemon, diambil jusnya
  • Sedikit hirisan daun pudina

Cara Menyediakan:

  1. Kupas dan potong kecil kesemua buah-buahan (kuantiti mengikut cita rasa anda).
  2. Masukkan yogurt, madu atau gula, garam, daun pudina dan perahan lemon.
  3. Kemudian gaul rata kesemua bahan.
  4. Dinginkan seketika di dalam peti sejuk sebelum dihidang.

Cuba Juga: Salad Sayuran & Quinoa Oleh Chef Jo