Resipi Rice Bowl Brokoli Dan Udang

Cuba sendiri resipi enak ini!

Hidangan rice bowl brokoli dan udang ini sesuai bagi anda yang ingin amalkan gaya hidup sihat.

Saiz Hidangan: 4

Masa Penyediaan: 20 minit

Bahan:

  • 4 cawan nasi
  • 2 sudu besar minyak
  • 400 g udang bersaiz medium, dikupas kulit
  • 1 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 inci halia, dicincang
  • 2 sudu besar madu
  • garam dan lada untuk perasa
  • Segenggam biji bijan putih yang dipanggang
  • 8 sudu besar Hellmann’s Smoky Thousand Island Dressing
  • 4 cawan brokoli (dalam saiz yang mudah dimakan), direbus sekejap dan ketepikan.
  • 1 avokado, dihiris
  • 8 lobak, dihiris
  • 1 cawan tomato ceri, dipotong separuh
  • Serbuk cili (pilihan)

Cara Menyediakan:

  1. Dalam kuali, panaskan minyak dan gorengkan bawang putih dan halia sehingga naik bau. Tambahkan udang dan kacau untuk dua hingga tiga minit sehingga udang masak. Tambahkan madu, garam, lada dan biji bijan. Gaulkan sehingga sebati dan alihkan daripada kuali.
  2. Untuk menghidangkannya, bahagikan nasi dalam empat mangkuk dan susun udang dan sayuran lain secara kreatif. Tambahkan dressing Hellmann’s Smoky Thousand Island.