Resipi Paha Ayam Dengan Bawang Manis

Paha ayam panggang yang enak sesuai dihidangkan untuk tetamu yang berkunjung ke rumah.

Resipi ini sesuai dihidangkan sekiranya anda ingin menjemput ramai tetamu ke rumah.

paha ayam

Bahan diperlukan:

  • 1kg paha ayam panggang
  • 70g bawang, dicincang
  • 50g bawang putih
  • 20g rosemary
  • 15g garam
  • 30ml minyak zaitun
  • 200ml demi-glace
  • 30g mentega

Cara Menyediakannya

  1. Panaskan kuali. Tumis bawang putih, bawang dan rosemary dengan minyak zaitun hingga bertukar perang.
  2. Masukkan demi-glace dan gaul rata hingga sos menjadi pekat.
  3. Tambah mentega dan perasakan. Tuang ke atas paha ayam panggang sebelum dihidangkan.