Resipi Nasi Aruk

Cuba sesuatu yang baru untuk menu berbuka puasa.

Bagi anda yang mencari idea juadah berbuka puasa, Jelita kongsikan resipi nasi aruk yang mudah untuk disediakan ini.

Bahan-bahan:

  •  5 cawan nasi sejuk
  • 1 bawang Bombay, dimayang
  • 3 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar minyak, untuk mengoreng
  • 1 ikan terubuk goreng
  • 1 telur goreng mata kerbau
  • 1 kedondong, dihiris
  • Sedikit ulam-ulaman
  • Sedikit sambal belacan

Cara Membuatnya:

  1. Panaskan kuali dengan minyak. Goreng bawang Bombay dan bawang putih sehingga kekuningan.
  2. Masukkan nasi dan goreng hingga kesemua bahan rata. Tambahkan garam dan ubah suai rasa mengikut cita rasa.
  3. Hidangkan dengan ikan masin, telor mata, ulam-ulaman, kendondong serta sambal belacan.
Resipi oleh: Chef Imelda Harris