Resipi Mi Rebus Ketam

Mi rebus ketam, sudah cuba pasti mahu lagi!

Hidangan mi rebus ketam yang  pasti akan buatkan anda ingin cuba lagi.

Saiz Hidangan: Dua

Tempoh Penyediaan: 40 Minit

Bahan Kuah:

100g bawam merah kecil

6 ulas bawang putih

10g halia

50g cili kering

  • 5g udang kering
  • 5g kunyit hidup
  • Ubi keledek
  • 1 ketam

Bahan Lain:

  • Mi kuning
  • Sawi, direbus
  • Tauge, direbus
  • Limau kasturi
  • Telur rebus
  • Cili Hijau, dihiris halus
  • Tauhu goreng, dihiris halus
  • Bawang goreng

Cara Membuatnya:

  1. Rebuskan ubi keledek sehingga masak, kemudian kisar.
  2. Kisar pula bawang merah, bawang putih, halia, cili kering dan udang kerig.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah dikisar tadi.
  4. Kemudian masukkan air dan ubi keledek yang telah dikisar tadi, diikuti dengan ketam.
  5. Biarkan mendidih sehingga kuah menjadi pekat. Perasakan kuah dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  6. Hidangkan bersama mi dan bahan selebihnya.
Resipi oleh Chef Othman Abu Bakar dari Holiday Inn KL Glenmarie