Resipi Kopi Dalgona Viral Yang Boleh Anda Cuba

Hilang terus mengantuk dan rasa bosan!

Sempena Perintah Kawalan Pergerakan, inilah masanya untuk anda mencuba resipi baru termasuk membancuh kopi dalgona yang viral baru-baru ini.

Jelita juga sudah mencubanya, memang sedap!

Bahan: 

  • Serbuk kopi segera (boleh juga gunakan serbuk milo atau teh tarik)
  • Gula
  • Susu
  • Air panas

Cara Menyediakannya:

  1. Campurkan dua sudu serbuk kopi segera, dua sudu gula dan dua sudu air panas dalam mangkuk adunan kecil.
  2. Gunakan pengadun tangan atau senduk kayu untuk gaulkan campurna sehingga ia menjadi pekat dengan warna coklat keemasan. Tip: Jika tiada alat adunan, bancuh dalam botol plastik atau kaca dan kocak hingga likat.
  3. Kemudian, tuangkan susu ke dalam sebuah gelas dengan beberapa kiub ais.
  4. Sendukkan campuran dalgona tadi dan letakkan di atas susu sejuk berkenaan. Dah siap. Jangan lupa untuk ambil gambar dan muat naik di media sosial.