Resipi Kek Baldu Merah

Boleh buat sendiri di rumah!

Memilih kek kahwin adalah penting buat pasangan pengantin baru.

Kek cantik dihias akan menambahkan lagi seri majlis sanding tersebut.

kek baldu merah

Bahan: 

  • 2 1/2 cawan tepung kek
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 113g mentega
  • 300g gula kastor
  • 2 telur gred A
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 cawan buttermilk
  • 2 sudu besar pewarna merah
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu kecil soda penaik

Cara Membuatnya:

  1. Pukul mentega dan gula sehingga lembut dan kembang. Masukkan telur satu per satu dan pukul rata setiap kali.
  2. Masukkan esen vanila dan putar sehingga sebati.
  3. Dalam larutan buttermilk, masukkan pewarna merah dan kacau sebati.
  4. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang-seli dengan larutan buttermilk, dimulai dan diakhiri dengan tepung.
  5. Dalam satu mangkuk, campurkan cuka bersama soda penaik. Dengan segera, tuang ke dalam adunan kek dan terus kacau sebati.
  6. Masukkan adunan ke dalam dua acuan pembakar saiz sembilan inci dan bakar selama 20 minit atau sehingga kek masak di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 175 darjah celsius.

Baca Juga: Biskut Baldu Merah

Resipi oleh: Little Gold Jars