Resipi Jus Detoks Untuk Awet Muda

Bantu wajah jadi lebih sihat dan cantik berseri.

Bukan sahaja mencantikkan wajah, jus detoks ini juga berkhasiat untuk tubuh anda jika diamalkan dengan kerap.

Bahan-bahan:
4 lemon
2 potong nanas
Segenggam daun pudina
1 cawan madu
2 liter air panas

Cara Membuatnya:

  1. Masukkan air panas ke dalam bekas air. Kemudian masukkan daun pudina dan nanas. Biarkan sebentar.
  2. Ambil sebiji lemon dan potong separuh. Ambil yang separuh itu dan hiris nipis. Masukkan ke dalam bekas air tadi.
  3. Selepas itu, bancuh campuran air tadi dengan jus lemon serta madu.
  4. Boleh simpan di dalam petisejuk atau minum ketika suam mengikut cita rasa.

INFO

Fungsi utama air detoks ini adalah untuk mencuci sistem usus, selain dapat membantu usaha mengurangkan berat badan dan mengempiskan perut. Boleh dijadikan sebagai minuman penting untuk diambil setiap hari.

Resipi oleh: Fazli Irli Amin Zulkifli