Resipi Ayam Kopi Bercili Yang Buat Suami Sayang Lebih!

Enak tidak terkata!

Apa lagi resepi ‘pelik’ dan terbaru yang anda dah cuba sepanjang tempoh RMO ini? Mungkin resepi Ayam Kopi Bercili ini patut anda cuba. Ya, kopi campur dengan ayam!

ayam kopi bercili

Bahan-bahan:

  • 12 kepak ayam
  • ½ cawan air
  • 3 sudu besar garam
  • 3 sudu besar gula perang
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 3 ulas bawang putih, dicincang
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap karamel pekat
  • 1 sudu besar serbuk kopi
  • 2 sudu besar madu

Cara Membuatnya:

  1. Campurkan kesemua bahan ke dalam mangkuk, kecuali madu. Gaul rata.
  2. Perap ayam selama dua jam.
  3. Kemudian masukkan ke dalam kuali dan masak dengan api perlahan 20 minit. Tutup kuali dan kacau sekali sekala.
  4. Masukan madu dan kacau lagi hingga sebati. Biarkan masak selama lima minit atau sehingga kepak ayam masak. Pekatkan kuah jika perlu.
  5. Siap untuk dihidang.
Resipi oleh: Chef Suriya Abdullah