11 Idea Bekal Sekolah Yang Enak Untuk Anak

Cuba idea bekal sekolah ini untuk pikat selera makan anak

Menu untuk si kecil haruslah dipelbagaikan agar dapat menarik minat mereka untuk makan. 11 idea makanan sebagai bekal anak ke sekolah ini pasti dapat menarik minat mereka. Ia bukan sahaja mudah disediakan tetapi juga enak.

2 of 11

Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis

Bahan:

Nasi:

  • 2 1/2 cawan beras
  • 3 cawan santan (anggaran saja- kadar air mengikut jenis beras yang digunakan)
  • 3 hiris halia
  • 1 daun pandan
  • Sedikit garam

Sambal:

  • 6 sudu besar cili giling, dikisar
  • 3 biji bawang merah, dikisar
  • 2 ulas bawang putih, dikisar
  • Segenggam ikan bilis (sebahagian dikisar bersama bawang, sebahagian lagi digoreng)
  • Sedikit air asam jawa
  • Sedikit garam dan gula
  • Sedikit air

Cara Menyediakannya:

  1. Campurkan semua bahan nasi di dalam peruk nasi dan masak seperti biasa
  2. Tumis semua bahan sambal yang dikisar sehingga pecah minyak
  3. Masukkan air asam dan sedikit air agar sambal tidak terlalu pekat.
  4. Apabila sudah mendidih, masukkan ikan bilis yang telah digoreng dan perasakan dengan garam secukup rasa.
2 of 11

Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis