11 Idea Bekal Sekolah Yang Enak Untuk Anak

Cuba idea bekal sekolah ini untuk pikat selera makan anak

Menu untuk si kecil haruslah dipelbagaikan agar dapat menarik minat mereka untuk makan. 11 idea makanan sebagai bekal anak ke sekolah ini pasti dapat menarik minat mereka. Ia bukan sahaja mudah disediakan tetapi juga enak.

11 of 11

Roti Bijan Berinti Udang

Bahan:

  • 100 g isi udang, dicincang halus dan direbus sebentar
  • 6 keping roti
  • 1 telur
  • 1 tangkai daun bawang, dihiris halus
  • 1/2 sudu teh halia, dicincang halus
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar bijan, disangai
  • Garam dan lada sulah
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Menyediakannya:

  1. Masukkan udang ke dalam mangkuk bersama halia, daun bawang, garam dan lada sulah, gaul sebati.
  2. Ambil roti dan letakkan inti udang di tengah-tengahnya. Ambil sekeping roti lagi dan cantumkan kedua-duanya. Tekan di bahagian tepinya.
  3. Panaskan minyak dan pukul telur.
  4. Celupkan roti tadi ke dalam telur dan golekkan ke atas biji bijan
  5. Goreng tenggelam roti selama dua ke tiga minit
  6. Angkat dan toskan.
11 of 11

Roti Bijan Berinti Udang