Nikmati Seleksi Hidangan Daging Premium

Daging lembu eksklusif yang cair di mulut!

Restoran Jepun Genji berlokasi di Hilton Petaling Jaya sekali lagi membawakan promosi daging premium Jepun. Promosi ini memberi pilihan daging yang disahkan Halal.

Daging wagyu

Promosi yang berlangsung sehingga 31 Oktober 2019 ini, menawarkan empat jenis daging lembu premium yang diimport dari Jepun. Harga yang ditawarkan bermula RM360.

  1. Miyazaki adalah 100 peratus purebred wagyu yang berasal daripada lembu Japanese Black.
  2. Matsusaka pula dikenali sebagai stik terbaik dan termahal Jepun. Ia terkenal dengan kandungan lemak yang tinggi. Daging eksklusif ini sangat lembut dan cair dalam mulut kala anda menjamahnya, selain kaya dengan rasa enak.
  3. Nishiawa berasal dari pelbagai ladang tempatan Jepun. Tempat penyembelihan Halal pertama adalah di Tokushima.
  4. Jika anda agak baru dalam menikmati hidangan daging lembu Jepun ini, anda disarankan untuk mencuba Wagyu sebagai permulaan.

Selain boleh memilih tahap masak daging lembu, anda juga boleh memilih rasa dan kaedah memasak yang dimahukan mengikut selera. Anda memiliki empat pilihan iaitu:

  • Shioyaki – kaedah ringkas di mana daging dipanggang bersama garam untuk mengeluarkan rasa semula jadi daging.
  • Teriyaki – mengangkat rasa manis hasil gabungan kicap dan gula.
  • Misoyaki – menggunakan pes kacang soya sebagai bahan perapan.
  • Teppanyaki – hadir dengan rasa manis dan masin daripada gabungan mentega dan lada. 

Untuk maklumat lanjut atau melakukan tempahan, anda boleh hubungi +603 7955 9122 atau layari www.zestpj.com.