Manisan Tradisi Kuih Bingka

Dua resipi bingka mudah untuk anda cuba!

Kuih tradisional sememangnya tidak pernah lapuk dek zaman. Sentiasa saja mampu menambat selera ramai! Ayuh cuba dua resipi bingka yang mudah ini dan sajikan kepada keluarga mahupun tetamu yang bertandang ke rumah anda. 

Kuih Bingka Beras
Saiz hidangan: 6
Tempoh penyediaan: 50 minit

Bahan-bahan:
1 liter santan
500ml air
260g gula pasir
280g tepung beras
180g tepung gandum
50g tepung jagung
1 sudu kecil esen vanila
Garam, secukup rasa

Cara Membuatnya:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pengadun dan gaul hingga rata.
2. Kemudian masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar dalam ketuhar pada suhu 170 darjah Celsius selama 45 minit.

Kuih Bingka Jagung
Saiz hidangan: 6
Tempoh penyediaan: 1 jam 15 minit

Bahan-bahan:
6 telur
600g tepung gandum
450g gula pasir
1 liter santan pekat
800ml air
2 tin jagung manis
85g mentega, dicairkan
Garam, secukup rasa
2 sudu besar pewarna makanan kuning
3 sudu besar bijan

Cara Membuatnya:
1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan masukkan tepung, gula, santan serta air. Gaul sebati.
2. Kemudian masukkan pula jagung manis dan mentega. Gaul lagi hingga sebati.
3. Tuangkan adunan ke dalam loyang pembakar dan taburkan bijan.
4. Bakar pada suhu 170 darjah Celsius selama 70 minit.

Resipi: Pastry Chef Anita Ismai, CDP Chef Rosman Timbangan, Chef Aina Asmira Azleesham, Chef Muhammad Darwisy Hafiy Zulkifli, Chef Syarifah Intan Sofea Syed Zainul Abidin & Chef Mohamad Syahrol Hisham Mohd Sani dari Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur