Jom Memasak Secara Kreatif Dengan Menggunakan Teh

Cara gunakan teh dalam masakan oleh chef selebriti, Dato' Fazley Yaakob

Sempena ulang tahun BOH Plantations Sdn Bhd (BOH) yang ke 90, pakar teh telah bekerjasama dengan jurucakap jenama tersebut iaitu Dato; Fazley Yaakob bagi memperkenalkan cara terbaharu menikmati teh. Dengan mencipta tiga hidangan mudah iaitu Ile Flottante, Herba Ratus Pasta Seafood dengan Sirih Purut berkrim, Kek Cawan Teh Tarik dengan coklat putih dan krim Teh Hijau Jasmin, BOH terus kekal di hati rakyat Malaysia melalui rasanya yang sememangnya Ummph!

BOH dan Juara MasterChef Selebriti itu telah berkongsi idea untuk menggunakan teah dalam masakan harian ketika sesi demonstrasi memasak diadakan di Dewan Acara SukaSucre. Media dan tetamu jemputan turut diberi peluang untuk belajar menyediakan hidangan utama iaitu Herba Ratus Pasta Seafood dengan Sirih Purut Berkrim dengan tunjuk ajar dari Dato’ Fazley sendiri.

“Saya benar-benar teruja bila pihak BOH menghubungi saya untuk mencipta menu menggunakan teh kerana permintaan tersebut memang unik dan masih belum ramai yang mencubanya lagi. Dengan pelbagai produk dan perisa keluaran BOH, banyak sajian dan manisan yang boleh dihasilkan. Untuk menu kali ini, kami memilih untuk mencipta hidangan yang mudah dibuat di rumah kerana setiap bahannya senang diperolehi di pasaran. Lima produk yang terpilih adalah daripada pelbagai jenis kerana sasaran kami adalah untuk menghasilkan gabungan rasa yang unik dan sudah tentulah dapat menambah lebih ‘Ummph’ dalam ketiga-tiga hidangan ini,”- Dato’ Fazley.

Acara measakan itu dimulakan dengan sajian pembuka selera yang dicipta dengan BOH Hibiscus Zest. Bahan ini digunakan untuk memasak meringue bagi menghasilkan Ile Flottante dengan kehalusan tekstur serta kombinasi rasa buahan, bunga serta daun pudina.

Untuk sajian seterusnya, media dan para tetamu yang hadir turut diberikan peluang untuk memasak hidangan ala Itali dengan sentuhan tempatan. Menggunakan rangkaian Herba Melayu BOH untuk menghasilkan pasta yang bukan sahaja mencerminkan tradisi dan budaya Melayu malah ia juga kaya dengan remedi warisan turun temurun yang dipercayai dapat menyembuh, membersih, menyegar dan meningkatkan daya ketahanan tubuh. Penggunaan Herba Ratus memberikan rasa asli kepada pasta manakala Sirih Purut pula meningkatkan keenakan rasa berkrim yang pedas serta menyelerakan.

Untuk pencuci mulut pula, Dato’ Fazley telah menyediakan Kek Cawan Teh Tarik penuh bekrim menggunakan Teh Campuran Segera 2 dalam 1. Dengan kehalusan tekstur serta dilengkapkan dengan topping coklat putih dan krim istimewa berperisa Teh Hijau Jasmin. Uncang Teko BOH juga boleh digunakan untuk menghasilkan kek cawan ini.

Dengan memperkenalkan tiga hidangan hebat ini dalam menu, BOH berharap dapat melahirkan minat rakyat Malaysia untuk menerokai pelbagai acara berbeza menggunakan produk BOH di dalam masakan harian mereka di samping menyatukan hati mereka semua dengan keunikan minuman keluaran BOH.