Restoran Pertama Santan Dan T&CO Dibuka Di Kuala Lumpur

Nikmati hidangan Asean di Santan dan T&CO.

Bayangkan jika anda boleh menikmati makanan yang sering dihidangkan dalam kapal terbang tanpa perlu menaiki kapal terbang? Impian tersebut mungkin boleh menjadi kenyataan dengan pelancaran Santan dan T&Co.

Jenama menu dalam penerbangan AirAsia tersebut kini melancarkan restoran makanan segera Asean pertama di Kuala Lumpur, Malaysia, yang menawarkan pelbagai hidangan dan minuman dari Asean pada harga yang berpatutan.

Dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia Datuk Kamarudin Meranun, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes, Presiden Kumpulan AirAsia (RedBeat Ventures) Aireen Omar dan Pengurus Besar Restoran Santan dan Kafe T&CO Catherine Goh di Midvalley Megamall, Kuala Lumpur pada 2 Disember lalu.

“Pembukaan restoran pertama ini adalah permulaan bagi sesuatu yang hebat untuk jenama Santan dan T&CO. Kami telah melihat permintaan yang tinggi untuk menu dalam penerbangan kami di seluruh rantau ini dan ia adalah jawapan kami terhadap permintaan tersebut. Kami amat berbangga kerana dapat emgnembangkan apa yang bermua sebagai menu dalam penerbangan untuk meneroka pasaran baharu dan terus menyokong pengeluar dan pembekal tempatan dan Asean; selain mewujudkan peluang pekerjaan yang baharu dengan yuran francais yang berpatutan pada masa akan datang. Menjelang akhir tahun 2020, kami berhasrat untuk membuka lima restoran milik Santan dan 100 restoran dan kafe yang dikendalikan oleh francais dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang dengan pengembangan di pasaran global,”- Pengurus Besar Restoran Santan dan Kafe T&CO, Catherine Goh.

Direka untuk meningkatkan pengalaman para pelanggan melalui ciri digital, restoran dan kafe ini memaparkan menu pintar yang dilengkapi dnegan kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin untuk mencadangkan hidangan popular berdasarkan masa, corak pesanan lalu dan demografik. Para pelanggan juga boleh membuat pesanan secara terus dari santan.com.my dan aplikasi mudah alih T&CO.

Menawarkan hidangan popular Asean bermula hanya dari RM12, para pelanggan kini boleh menikmati Nasi Lemak Pak Nasser dan Nasi Ayam Uncle Chin serta hidangan popular lain yang diilhamkan oleh negara Asean seperti Mi ikan bersama Nenas dari Cambodia, Ayam Inasal beserta Nasi Bawang dari Filipina selain teh dan kopi dari rantau Asean, snek dan pencuci mulut tempatan seperti Nasi Lemak Quinoa dan kek Onde-Onde.

Lebih menarik lagi, bagi meraikan pembukaan restoran tersebut, Santan menawarkan promosi masa terhad atas talian untuk menikmati Nasi Lemak Pak Nasser dan Rendang Ayam pada hanya RM5*. Untuk membuat pesanan, sila lawati laman sesawang rasmi Santan.

Bagi T&CO, nikmati kopi percuma** dengan setiap muat turun aplikasi mudah alih T&CO di Apple Store dan Google Play.

*Eksklusif untuk pesanan atas talian di santan.com.my. Satu pesanan bagi setiap pelanggan. Daftar masuk sebagai Ahli BIG untuk menggunakan kod promo: SANTANRM5

**Kopi percuma dengan setiap muat turun aplikasi T&CO. Satu pesanan bagi setiap Ahli BIG. Daftar masuk sebagai Ahli BIG untuk menggunakan kod promo: TCOFREECOFFEE