Panduan Mencari Makanan Mesra Muslim Di Australia Barat

Tidak perlu risau untuk mencari makanan mesra Muslim di Australia Barat.

Bagi kebanyakan daripada anda, bahagian terbaik sewaktu pergi bercuti pastinya mencari makanan lazat yang terdapat di sana. Sudah tentu, tiada cara lain untuk menikmati budaya sesebuah negara melainkan melalui makanan. Percutian ke Australia Barat tidak akan lengkap tanpa merasa makanan yang ditawarkan.

Namun begitu, anda mungkin berfikir dengan popularitinya sebagai wilayah wain, tidak banyak pilihan makanan yang mesra-Muslim untuk dinikmati. Usah khuatir kerana anda sebenarnya boleh mendapatkan makanan mesra Muslim bukan sahaja di ibu kota Perth tetapi di seluruh wilayahnya juga.

Untuk memulakan pengembaraan, iniĀ  panduan yang mudah untuk anda mencari makanan yang pastinya lazat.

1 of 4

Pergi Ke Pasar Tempatan Untuk Produk Segar

Apa yang akan membuatkan percutian anda bertambah unik adalah produk segar yang boleh didapati dengan mudah. Mudah sahaja, hanya perlu berkunjung ke pasar tempatan di seluruh lima wilayah di Australia Barat.

Jika anda berada di Perth, berkunjunglah ke Fremantle Markets. Dibina pada tahun 1897, ia salah satu daripada mercu tanda yang paling penting di bandar ini dan telah memperoleh reputasi sebagai salah satu destinasi terbaik di Fremantle untuk pelancong danĀ  penduduk tempatan. Bertempat di bangunan bersejarah, anda boleh mendapatkan lebih daripada sekadar hasil segar di sini. Dengan pelbagai acara yang diadakan untuk pelawat dari semua peringkat umur, percutian akan menjadi lebih menarik.

Selain itu, terdapat banyak pasar tempatan di bandar juga di lokasi yang terletak di luar Perth. Jika anda menuju ke South West, jangan lupa membuat lawatan ke Albany Picnic Provisions Trail di mana anda boleh memandu sendiri ke pasar Albany yang terletak di pusat bandar. Anda juga boleh bertemu dengan petani tempatan di sana. Perjalanan ini akan memberikan peluang menarik untuk meneroka South Coast sambil menikmati hasilnya pada masa yang sama.

1 of 4