Minuman Soya Pengganti Sarapan Yang Enak

Selain minuman, anda boleh gunakan NH Soy ini untuk hidangan lain

Herbalceutical (M) Sdn Bhd telah melancarkan satu siri minuman berkhasiat terbaru, siri NH Soy ini diperkaya dengan kebaikan semula jadi dan nutrisi terbaik untuk anda. Diperbuat daripada kacang soya yang telah disahkan organik oleh “Ecocert” yang telah dikupas, bersama dengan biji Chia organik, biji Basil dan ubi keledek, untuk menghasilkan dua pilihan minuman soya istimewa iaitu NH Soy Seeds dan NH Soy Purple.

Protein adalah sejenis nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh badan manusia untuk membina dan membaiki tisu badan. Ia adalah penting terutama untuk tumbesaran optimal kanak-kanak. Kacang soya adalah salah satu sumber protein terbaik kerana ia mengandungi asid amino yang lengkap, kaya dengan serat dan rendah lemak tepu.

Sebagai sumber protein berasaskan tumbuhan, kacang soya adalah bebas daripada kolestrol dan laktosa, menjadikannya pilihan minuman yang sesuai untuk pengguna yang mengalami intoleransi laktosa. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, pengambilan diet sebanyak 25 gram protein soya setiap hari dapat membantu mengurangkan risiko kolestrol rendah.

Sebagai sumber protein berasaskan tumbuhan, kacang soya adalah bebas daripada kolestrol dan laktosa, menjadikannya pilihan minuman yang sesuai untuk pengguna yang mengalami intoleransi laktosa. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, pengambilan diet sebanyak 25 gram protein soya setiap hari dapat membantu mengurangkan risiko kolestrol rendah.

NH Soy Seeds dihasilkan daripada kacang soya organik yang telah dikupas, biji Chia organik dan biji Basil. Biji Chia organik adalah kaya dengan asid lemak omega- 3, manakala biji Basil mempunyai kandungan garam galian dan serat makanan yang tinggi. Apabila digabungkan, ia menghasilkan minuman NH Soy Seeds yang lazat dan turut mempunyai tekstur kenyal dan rangup.

Ubi keledek atau keledek ungu pula adalah sumber yang kaya dnegan Vitamin C, B, mangan dan zat besi serta tinggi kandungan antioksidan. Semua ubi keledek yang digunakan dalam NH Soy Purple adalah dihasilkan melalui teknologi pengeringan beku untuk mengekalkan nilai nutrisi yang maksima dan rasa yang asli. Hasilnya, NH Soy Purple adalah minuman soya lazat dan berkhasiat tinggi.

Semua ramuan di dalam Siri NH Soy adalah berasaskan ramuan semula jadi dan bebas daripada sebarang pengawet, perasa dan pewarna tiruan. Bukan itu sahaja, minuman ini juga secara asasnya adalah sumber protein yang tinggi. Nimatilah minuman Siri NH Soy setiap hari untuk menyuburkan sel tisu dengan protein, membaiki penghadaman dan memantapkan kesihatan jantung, mata tulang dan otot. Siri NH Soy adalah pilihan terbaik untuk seisi keluarga termasuk wanita mengandung dan ibu menyusu, sesuai untuk sarapan pagi atau bila-bila masa sahaja sepanjang hari.

Dapatkan siri NH Soy anda di mana-mana cawangan Watson di seluruh negara atau menerusi Watsons Online dan Aplikasi Mobile dengan hanya RM63.80 sahaja.