Gila Bubble Tea? Ini 6 Jenama Bubble Tea Yang Anda Kena Cuba

Jangan lepaskan peluang untuk cuba bubble tea enak ini

Minuman bubble tea kini sudah menjadi salah satu minuman kegemaran rakyat Malaysia. Bukan sahaja di Malaysia tetapi ia juga popular di luar negara. Bubble Tea berasal daripada Taiwan pada awal 1980-an di sebuah gerai teh yang kecil. Dan pada tahun 1983, Liu Han-Chieh telah memperkenalkan Taiwan kepada mutiara tapioka (tapioka pearls). Dengan menambah mutiara tapioka ini, Bubble Tea telah menjadi minuman kegemaran ramai. Kini, ada begitu banyak gerai teh yang menjual minuman kegemaran ramai ini. Jelita senaraikan lima jenama bubble tea terbaik yang perlu anda cuba.

2 of 6

Tiger Sugar

Taiwan adalah syurga kepada bubble tea. Apabila berita mengenai Taiwan Tiger Sugar bakal dilancarkan di Kuala Lumpur, Malaysia, ternyata ia menjadi khabar gembira buat rakyat Malaysia. Minuman popular Tiger Sugar adalah Brown Sugar Boba Milk with Cream Mousse. Tiger Sugar telah dilancarkan secara rasmi di Sunway Pyramid pada Januari 2019 dan jika anda masih belum mencuba minuman Tiger Sugar, ambil peluang hujung minggu untuk mencubanya tetapi anda perlu bersedia kerana anda mungkin perlu beratur panjang.

Tiger Sugar dibuka setiap hari bermula pada jam 10 pagi hingga 10 malam.

Lihat senarai kafe Tiger Sugar di sini.

2 of 6