10 Makanan Tradisional Cina Yang Anda Kena Cuba

Yang penting Halal!

Uniknya negara Malaysia adalah rakyat yang berbilang kaum. Itu adalah satu kelebihan kerana selain daripada kaya dengan pelbagai adat, budaya dan perayaan, kita juga berpeluang untuk mencuba pelbagai jenis makanan dari kaum lain.

Tidak perlu risau soal halal kerana kini banyak restoran halal yang menyajikan atau menyediakan makanan Cina atau India. Oleh itu, Jelita senaraikan 10 makanan Cina yang boleh anda cuba.

1 of 10

 

Yee Sang atau Yusheng

Ia adalah sajian yang terdiri daripada aneka salad dan ikan. Hidangan ini biasanya dihidangkan menjelang sambutan perayaan Tahun Baru Cina dan masyarakat Cina percya ikan adalah pembawa ikan dan hidangan ini telah wujud sejak Dinasti Song lagi. Yee Sang diperbuat daripada potongan ikan terutamanya ikan salmon segar, kacang tanah, cili, lobak putih, lobak merah, halia, daun limau purut, daun parsli cina, biji bijan bakar dan udang kering goreng. Kuahnya atau penambah rasanya pula diperbuat daripada sos plum.

1 of 10