Resipi Mi Soto Ayam Untuk Kelainan Kala PKP

Pasti membuka selera seisi keluarga!

Asyik-asyik nasi. Gantikan nasi himpit dengan mi kuning untuk buka selera kala mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)!

Mi Soto Ayam

Saiz hidangan: 5
Tempoh penyediaan: 45 minit

Bahan-bahan:

Bahan Kisar
5 bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
3 serai
1 inci lengkuas

Bahan Tumis dan Rempah
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk lada putih
1 kayu manis
3 bunga lawang
5 bunga cengkih
4 biji pelaga

Bahan Lain
1 ayam, dipotong 4
Air secukupnya
Minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
2 kiub ayam
1 bungkus mi kuning

Bahan Hiasan
Bergedil ayam
Sambal kicap
Tauge
Bawang goreng
Kacang goreng
Suhun goreng
Daging ayam, disiat
Daun sup
Daun bawang
Limau kasturi

Cara Membuatnya:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis – kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan biji pelaga. Goreng hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan rempah serbuk, diikuti dengan bahan kisar. Masak hingga garing dan terbit minyak.
  3. Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan ayam dan kiub ayam. Biarkan hingga ayam masak.
  5. Perasakan dengan garam dan gula. Biarkan mendidih sekali lagi.
  6. Keluarkan ayam dan toskan.
  7. Racik ayam dan asingkan sedikit utuk menyediakan bergedil ayam.
  8. Hidangkan mi kuning bersama kuah yang telah siap sekali dengan bergedil ayam, sambal kicap dan bahan hiasan lain.

BERGEDIL AYAM

Bahan-bahan:
5 kentang
250g isi ayam yang diasingkan tadi
2 telur
½ cawan bawang goreng
Daun sup dan daun bawang, dicencang halus
2 sudu kecil lada sulah
Garam
Minyak

Cara Membuatnya:

  1. Kupas kentang dan hiris nipis bulat. Goreng hingga keemasan.
  2. Kemudian tumbuk kentang tersebut hingga lumat dan halus.
  3. Satukan kentang dan ayam ke dalam satu bekas.
  4. Masukkan bawang goreng, daun sup, daun bawang, lada sulah dan garam. Gaul rata dan bentukkan menjadi bulat kecil.
  5. Pecahkan telur di dalam bekas lain dan pukul telur.
  6. Panaskan minyak, celup bergedil ke dalam telur dan goreng hingga keemasan.

SAMBAL KICAP

Bahan-bahan:
10 cili padi
3 ulas bawang putih
Kicap manis
Limau kasturi

Cara Membuatnya:

  1. Panaskan minyak dan goreng bawang putih dan cili padi hingga layu.
  2. Kemudian kisar bahan tersebut bersama kicap manis.
  3. Tuang ke dalam bekas dan perahkan jus limau kasturi.