Hidangan Lebih Lazat, Ini Cara Mudah Untuk Hilangkan Bau Hanyir

Tiada lagi bau hanyir pada masakan anda.

Bahan mentah seperti ayam, ikan atau daging perlu dikendalikan dengan baik kerana jika tidak dicuci dengan betul, ia akan berbau hanyir sekali gus mengubah rasa masakan anda. Oleh itu, Jelita kongsikan cara mudah yang boleh anda cuba untuk hilangkan bau hanyir makanan mentah.

Halia

Ia adalah campuran bahan masakan yang mempunyai bau khas yang dapat membantu menghilangkan bau hanyir pada ikan bahkan daging. Kandungan enzim proteolitik dalam halia dikatakan dapat membantu memecahkan protein yang menyebabkan daging yang digaul dengan halia akan hilang bau hanyir atau lebih cepat empuk atau lembut apabila dimasak.

Cuka dan Tomato

Campuran cuka dan tomato bukan sahaja menghasilkan rasa yang masam tetapi juga membantu menghilangkan bau hanyir dan membuatkan daging yang telah dimasak tidak mudah basi.

Nanas

Antara buah yang berkesan untuk menghilangkan bau hanyir, bukan sahaja digunakan pada daging tetapi juga ikan dan ayam. Anda hanya perlu gaul dan biarkan selama satu jam, kemudian cuci bersih dan sedia dimasak mengikut kesukaan.

Limau Nipis

Bau dan rasa masam buah limau nipis dapat membantu menghilangkan bau hanyir secara semula jadi, dan selain itu ia juga mampu menghilangkan  bakteria yang menyebabkan daging membusuk.

Daun Betik

Antara manfaat daun betik adalah menghilangkan bau hanyir bahan mentah dan pada masa yang sama membantu mengempukkan dagingnya.

Teh

Anda juga boleh cuba rendamkan bahan mentah ke dalam air teh untuk membantu menghilangkan bau hanyir dan selain itu, teh juga membantu menaikkan rasa masakan anda.

Gambar: Depositphotos