Cara Tepat Memasak Beras Perang

Jom amalkan gaya hidup sihat!

Nasi adalah menu ruji yang sangat sukar untuk ditinggalkan. Tidak makan nasi sehari, ibarat tidak memenuhi kehendak perut yang minta diisi.

Namun, untuk memastikan kesihatan terjamin, anda disarankan untuk menggantikan beras putih dengan beras perang yang lebih berkhasiat.

Oleh itu, Jelita kongsikan cara mudah untuk anda masak beras perang.

  • Untuk menambah lagi keenakan dalam menjamah beras perang, anda boleh redam ia sekurang-kurangnya satu jam sebelum dimasak.
  • Ketika menanak nasi, gunakan air yang banyak berbanding beras putih.
  • Setelah sudah kering airnya, itu petanda beras perang tadi telah separuh masak.
  • Kemudian, kukus semula nasi tadi supaya ia lebih lembut. Panaskan dahulu air sebelum proses mengukus.
  • Gunakan api perlahan semasa memasak nasi untuk pastikan air tidak cepat kering sebelum nasi sempat dimasak.
  • Anda boleh masak beras perang dalam kuantiti yang banyak dan simpan di dalam peti sejuk. Apabila mahu makan, keluarkan dan kukus sebentar kemudian nikmati ia seperti biasa.
Sumber Gambar: Depositphoto