8 Tip Sediakan Bekal Sekolah Menarik Untuk Anak Anda

Sediakan bekal yang berkhasiat untuk anak anda.

Setiap hari membekalkan anak makanan ke sekolah boleh buat anda kering idea. Jika bekalkan makanan yang sama, anak akan cepat bosan dan pasti tidak akan mahu menjamah. Oleh itu, Jelita himpunkan beberapa idea dan tip menyediakan bekal sekolah anak untuk memudahkan anda. Mungkin anda juga boleh sediakan bekal untuk ke tempat kerja. Boleh jimat duit.

2 of 8

Buahan

Buah seperti epal, pear dan oren antara yang paling senang untuk disediakan.

Tip: Bagi mengelakkan buah epal dan pir daripada lebam selepas dipotong, rendam dengan air yang dicampurkan sedikit garam. Kemudian toskan dan susun dalam bekas makanan anak-anak. Buah bukan sahaja mudah untuk dimakan malah mempunyai pelbagai khasiat.

2 of 8