8 Tip Sediakan Bekal Sekolah Menarik Untuk Anak Anda

Sediakan bekal yang berkhasiat untuk anak anda.

Setiap hari membekalkan anak makanan ke sekolah boleh buat anda kering idea. Jika bekalkan makanan yang sama, anak akan cepat bosan dan pasti tidak akan mahu menjamah. Oleh itu, Jelita himpunkan beberapa idea dan tip menyediakan bekal sekolah anak untuk memudahkan anda. Mungkin anda juga boleh sediakan bekal untuk ke tempat kerja. Boleh jimat duit.

1 of 8

Nasi Goreng

Ini yang paling mudah. Hanya campurkan bawang, ayam dan sayuran bersama nasi. Anda juga boleh mempelbagaikan menu nasi goreng untuk mengelakkan si kecil daripada bosan. Antara menu nasi goreng yang boleh dicuba adalah nasi goreng cendawan, nasi goreng kampung, nasi goreng sayur campur dan nasi goreng cina.

1 of 8