5 Kesilapan Yang Perlu Dielakkan Ketika Memasak

Kalau nak makanan sedap, jangan buat kesilapan ini.

Memasak ini lebih kurang sama dengan sains, sukatan dan langkah memasak perlu sama agar ia dapat menghasilkan rasa yang enak. Kesilapan yang dilakukan ketika memasak boleh menyebabkan makanan jadi kurang enak dan sebagainya.

Berikut adalah lima kesilapan yang perlu dielakkan ketika memasak.

Tidak Biarkan Ais Pada Daging Betul-betul CairĀ 

Anda harus mengeluarkan daging dari peti sejuk dan membiarkannya mencapai suhu bilik sebelum memasaknya. Jika tidak, daging yang sejuk tidak akan masak dengan sempurna. Dengan bahagian dalam tidak dimasak dan bahagian luarnya hangus.

Tidak Biarkan Daging Sejuk Sebelum Memotongnya

Apabila memasak daging, kebanyakan jus akan terkumpul di bahagian tengah. Oleh itu selepas memasak, lebih baik tunggu sebentar sebelum memotongnya supaya jus dapat merebak ke bahagian sisi agar anda dapat menikmati hidangan daging yang enak.

Menggoreng Makanan Dalam Minyak Zaitun Extra Virgin

Minyak zaitun extra virgin mempunyai titik asap yang rendah. Oleh itu, jika ia dimasak pada suhu yang tinggi, misalnya stik, ia akan mula menghasilkan bau yang tidak menyenangkan dan mengeluaran bahan kimia beracun.

Masukkan Bawang Putih Terlalu Awal

Bawang putih mudah hangus, jadi menggoreng bawang putih terlebih dahulu boleh merosakkan rasanya. Masukkan bawang putih di langkah terakhir dan pastikan ia tidak hangus.

Tidak Panaskan Kuali Terlebih Dahulu

Anda harus memanaskan kuali selama beberapa minit sebelum memasak. Jika tidak, daging atau ikan yang dimasak tidak akan masak dengan betul.

Gambar: Depositphotos