Duduk Rumah Sambil Buat Kuih Dengan Oreo

Sediakan juadah enak menggunakan Oreo.

Tahun ini, umat Islam di seluruh dunia menyambut Ramadan dalam keadaan berjaga-jaga. Biskut sandwic kegemaran ramai, Oreo bakal meniupkan semangat kepada anda sekeluarga dengan sesuatu yang baharu.

Buat julung kalinya Oreo muncul dengan Buku Resipi e-Raya digital percuma yang membawakan 12 resipi Hari Raya popular Malaysia dengan sentuhan unik Oreo bagi menambahkan keceriaan.

Buku Resipi e-Raya Oreo ini boleh didapati di https://bit.ly/2VpMJ6L  dan memuatkan beberapa resipi mudah dan lazat, antaranya Kek Batik Ultimate, Puding Krim Tanpa Bakar, Conflakes Madu dan pelbagai biskut Raya dengan Oreo.

Oreo telah bekerjasama dengan pakar kulinari popular termasuklah juara MasterChef Selebriti, Chef Dato’ Fazley Yaakob dan Chef Siti Mastura dari Singapura untuk mendemonstrasikan cara penyediaan sajian mudah menggunakan Oreo di platform media sosial mereka sepanjang bulan Ramadan.

Anda juga boleh mengikuti resipi tersebut melalui tanda pagar #BakeWithOreoThisHariRaya dan #CubalahResipiHariRayaOreo serta berkongsi resipi menggunakan Oreo sendiri bagi berkongsi keseronokan memasak. Resipi terbaik dan paling unik bakal berpeluang membuat penampilan khas di samping Chef Dato’ Fazley Yaakob dalam sesi memasak LIVE di media sosial.

Dalam menambahkan lagi kemanisan Ramadhan dan Hari Raya, OREO turut memperkenalkan GOLDEN OREO edisi terhad, dengan wafer sandwic berperisa vanila dan inti krim klasik. Varian klasik yang diberi nafas baharu ini sesuai dijadikan bahan untuk menyediakan kuih raya di samping memberikan pilihan snek bukan coklat.

GOLDEN OREO boleh didapati di semua cawangan runcit terkemuka, serta kedai-kedai serbaneka dan kedai dalam talian di Malaysia termasuklah Tesco, Jaya Grocer, dan Lazada dalam pek-pek berikut:

  • Pek tunggal 133 gram @ RM3.27
  • Pek pelbagai 265 gram @ RM5.89