Nikmati Hidangan Berbuka Yang Lazat di Restoran ini

Jom berbuka puasa di restoran pilihan Jelita ini
7 of 7

Sajian Nusantara – Four Seasons

Lengkapkan pengalaman berbuka puasa anda dengan hidangan yang disediakan oleh Chef selebriti jemputan, Chef Dato’ Fazley Yaakob di Four Seasons. Chef Dato’ Fazley Yaakob menyediakan hidangan daripada Malaysia, Thailand, China dan India.

Menariknya hidangan yang disediakan adalah hidangan masakan kampung yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Jelita berpeluang untuk mencuba masakan yang disediakan dan ia sememangnya memuaskan hati. Bagi anda yang gemarkan hidangan klasik, pastinya anda akan suka dengan hidangan yang ditawarkan oleh Curate Four Seasons.

 

Anda juga boleh mendapatkan pelbagai jenis kuih muih tempatan dan yang paling Jelita ingin sarankan adalah daging salai masak lemak cili padi. Jangan risau, ia tidak begitu pedas, jadi ia sesuai bagi anda yang tidak boleh makan pedas.

Harga adalah pada RM178 bermula 6 Mei hingga 12 Mei dan RM208 nett bermula dari 13 Mei hingga 4 June. Untuk membuat tempahan, sila hubungi talian ini ‪03 2382 8630‬.

 

 

 

7 of 7