Nikmati Hidangan Berbuka Yang Lazat di Restoran ini

Jom berbuka puasa di restoran pilihan Jelita ini
6 of 7

Nostalgia Nipah – EQ Kuala Lumpur

Nikmati hidangan berbuka puasa di Hotel EQ Kuala Lumpur. Menariknya hotel ini telah dibina semula daripada asas dan baru sahaja di buka Mac tahun ini. Anda boleh menikmati pelbagai hidangan tradisional yang terhidang di Restoran Nipah yang terletak di bahagian bawah hotel ini.

Antara hidangan menarik yang menjadi pilihan adalah Mee Kari yang menggunakan resipi turun temurun sejak tahun 1973. Selain itu, teh tarik yang ditawarkan turut menjadi tarikan kerana ia dibuat menggunakan tiga jenis teh yang berbeza dan memberikan rasa yang enak dan unik selain, ia juga kurang manis.

Tidak ketinggalan juga, hidangan pemanis mulut yang enak. Jelita cadangkan anda cuba kek keju yang dihidangkan kerana ia sangat lembut dan enak. Jika anda inginkan kuih tempatan Nipah turut menawarkan sajian kuih tempatan dan hidangan pemanis mulut yang lain.

Nostalgia Nipah boleh didapati setiap hari dari 6 Mei hingga 2 Jun 2019 bermula dari 6.30 petang hingga 10.30 malam, dengan harga seperti berikut:

  • Selera Warisan- RM178 nett untuk bufet makan malam di Restoran Nipah
  • Sajian Kasih- RM188 nett untuk makan malam eksklusif di bilik function baru EQ untuk 50 pax ke atas.

Diskaun khas boleh dipertimbangkan untuk tempahan yang dibuat pada minggu pertama dan terakhir Ramadan. Kanak-kanak berusia enam hingga 12, makan pada harga 50 peratus.

6 of 7