Nikmati Hidangan Berbuka Yang Lazat di Restoran ini

Jom berbuka puasa di restoran pilihan Jelita ini
2 of 7

Santapan DiRaja – Hilton Kuala Lumpur

Nikmati hidangan berbuka puasa seperti keluarga DiRaja. Tahun ini sepanjang bulan puasa, Hilton Kuala Lumpur akan menampilkan hidangan masakan Malaysia yang meluas. Dengan lebih daripada 300 hidangan yang disajikan, anda pasti akan rambang mata untuk memilih. Vasco di Hilton Kuala Lumpur akan menampilkan sajian DiRaja terbaik di Malaysia sepanjang bulan Ramadan ini.

Mempamerkan bufet yang bertemakan “Santapan DiRaja,” hidangan yang disajikan adalah kegemaran keluarga kerajaan Perak, Melaka, Johor dan banyak lagi. Sesi berbuka puasa anda akan ditemani dengan persembahan muzik Gamelan dan Silat pada setiap hari Selasa, Khamis dan Jumaat. Jangan lupa untuk bawa pulang cenderahati iaitu Tengkolok mini sebaik sahaja anda selesai berbuka puasa di Vasco Hilton Kuala Lumpur.

Bufet bulan puasa bermula dari 5 Mei sehingga 4 Jun 2019 bermula dari 6 petang sehingga 10.30 malam. Harga untuk dewasa adalah RM188 nett dan kanak-kanak pula RM100 nett (umur enam sehingga 11 tahun sahaja)

Untuk membuat tempahan, anda boleh menghubungi +603 2264 2277  atau email kepada [email protected]

2 of 7