#Covid19: Resipi Viral Anda Kena Cuba Sepanjang #RMO

Rasa sekali pasti nak lagi!

Memasuki minggu kedua Perintah Kawalan Pergerakan (RMO), Jelita pasti ada segelintir daripada anda sudah kehabisan idea untuk memasak buat keluarga tersayang, bukan?

Justeru, Jelita sarankan anda cuba resipi viral daripada beberapa personaliti media sosial ini.

Mereka berjaya mencuri perhatian pengikutnya apabila masing-masing berkongsi resipi untuk dicuba sewaktu #RMO ini. Rata-rata mendapat maklum balas yang positif.

SPAGETI SARDIN

Menerusi laman Instagram, Khairul Aming berkongsi resipi spageti sardin yang cukup mudah untuk tatapan umum. Malah, dia turut menegaskan kepada pengikutnya supaya duduk di rumah, sentiasa cuci tangan dan belajar memasak. Jadi, untuk anda yang masih lagi mempunyai stok sardin di rumah, bolehlah cuba resepi ini.

MURTABAK POPIA AYAM CHEESE

Siapa tidak kenal Ratu Dapur Instagram iaitu Datin Paduka Eina Azman ini. Dan tidak hairanlah dia mendapat gelaran tersebut kerana bukan sahaja memiliki wajah yang cantik, malah rajin berkongsi resipi masakan di laman Instagramnya. Resipi murtabak popia ayam cheese ini antara yang meraih ribuan tontonan sewaktu #RMO ini.

 

MOIST BANANA CAKE

Celoteh Chef Wan, pasti akan menghiburkan hati ramai pengikutnya. Malah, dengan mengenalinya, anda pasti tahu kemewahan yang dimilikinya itu. Raja dapur ini ada memuat naik video resipi kek pisang lembap yang cukup mudah dibuat. Ia mendapat ramai komen yang positif dan membuatkan pengikutnya ingin mencuba resipi yang dikongsinya itu. Jadi, apa tunggu lagi? Jom cari pisang sekarang!

View this post on Instagram

My moist Banana cake is ready for mother 5pm tea by the garden. Here the recipe… 200gms unsalted Butter 145gms castor sugar 4eggs 280gm Self Raising flour 1 Tsp Baking Soda 1 tsp Cinammon powder 2 cups very ripe banana preferably Pisang Emas 1tsp salt 1 Tbs Vaniila essence 1/2 Cup chopped Toasted Walnuts or Almond. Method.. 1. Cream butter and sugar until light and fluffy 2.Add vanilla essence. 3.Add eggs one at a time beating until its fluffy. 3. Meanwhile Sift flour, baking soda and cinnamon powder. 4.Incoporate the flour gradually and finally the chopped nuts and mashed banana. 5.Transfer into your greased cake pan and bake it for 40mins at 180c. 6.Use the skewer test at the center of the cake to check if its cooked all the way through. Happy baking! Jangan merayap tau!๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

A post shared by chef wan (@_chefwan58) on

KEK KUKUS OREO

Anda juga boleh cuba resepi yang dikongsikan oleh Ashry di laman Instagramnya. Resepi ini hanya menggunakan bahan-bahan di bawah RM10 sahaja. Murah bukan? Jadi untuk anda yang ingin mencuba resepi ini bolehlah buat sekarang untuk hidangan santapan petang nanti bersama suami dan anak-anak.

ROTI GULA RANGUP

Anak kelahiran Terengganu, Wan Mohd Raffie Wan Yusoff ini antara Instafamous termuda dan lebih mesra dengan panggilan Raffie. Dia bukan sahaja pandai memasak, tetapi seorang yang pakar dalam bidang kek dan pastri. Sewaktu #RMO ini, Raffie telah berkongsi resipi yang cukup mudah dan senang untuk dihidang iaitu roti gula rangup. Hanya menggunakan marjerin, gula dan roti sahaja.

PEANUT BUTTER SWIRL BROWNIES

Bak kata Syed Munawwar, โ€œDok La Kat Qumah Tok Sah Duk Gatai Keluaq P Meqapuโ€. Jadi, sewaktu #RMO ini, dia mahu anda mencuba resipi peanut butter swirl brownies. Untuk anda yang menggemari brownies itu bolehlah cuba sekarang. Selamat mencuba!

View this post on Instagram

|PEANUT BUTTER SWIRL BROWNIES DOK LA KAT QUMAH TOK SAH DOK GATAI KELUAQ P MEQAPU| #pleasestayathome Dok kat ghumah tu mesti lapaq kan. Hahaha. Kalau tak laqat duduk,bangun berdiqi pulak nahh. Sama-sama berdoa lepas solat mintak Allah jauhkan kita dari wabak ni. InsyaAllah. Semoga resipi ni bermanfaat. Nak buat untuk jual pun saya halalkan. Selamat mencuba ๐ŸŒน . Peanut Butter Swirl Brownies @syedmunawwar . Bahan kering(ayak): ๐Ÿ”ต 140g tepung gandum ๐Ÿ”ต 30g serbuk koko ๐Ÿ”ต 1 sudu kecil baking powder Bahan-bahan lain: ๐Ÿ”ต 250g dark chocolate (cairkan teknik double boil) ๐Ÿ”ต 125g butter (cairkan teknik double boil) ๐Ÿ”ต 230g gula perang ๐Ÿ”ต 3 biji telur ๐Ÿ”ต 1 sudu kecil esen vanila ๐Ÿ”ต creamy peanut butter . . #peanutbutterswirlbrownies #peanutbutterbrownies #brownies #chocolatebrownies #foodpornmalaysia #resipi #SyedKitchenette

A post shared by Syed Munawwar (@syedmunawwar) on

JAGUNG MANIS COROCHEESE

Dengan keadaan yang melanda sekarang ini, maka timbul satu lagi menu baharu yang dipanggil jagung manis corocheese. Kali ini, gadis cantik dan pelat dengan bahasa Kelantan atau lebih mesra dengan panggilan Mummy Bajilah berkongsi resipi yang sedikit berbeza dengan apa yang ditularkan di dalam Facebook. Dengan hanya menggunakan lima bahan sahaja.

MAGGI GORENG SIMPLE

Maggi di dalam almari anda pasti banyak lagi bukan? Jadi, untuk anda yang inginkan masakan ringkas, mudah dan cepat, gunakan resipi yang dikongsikan oleh @dapoq_pdot. Ianya bukan sahaja jimat, malah dapat mengisi perut anda yang lapar tidak sampai satu jam!

 

KOPI ATAU MILO DALGONAย 

Di media sosial, ramai yang mula berkongsi resipi menghasilkan minuman dalgona ini. Resipinya cukup mudah kerana ia hanya menggunakan beberapa bahan sahaja seperti serbuk kopi, milo, gula dan susu segar. Jadi, apa kata anda mencubanya sendiri di rumah dan hidangkannya kepada suami dan anak-anak sambil menonton siaran percuma di Astro! Sebelum tu, jom tengok video yang dikongsikan oleh Arianna di laman Instagramnya.

Baca juga: Hanya Bakar 20 Minit, Cuba Resipi Roti Gebu