Ayam Masam Manis Ala Gardens

Gardens merungkai rahsia penyediaan juadah istimewa buat panduan anda di bulan Ramadan.

Segar dari ladang terus ke dapur, Gardens merungkai rahsia penyediaan juadah istimewa buat panduan anda di bulan Ramadan.

Ayam Masam Manis ala Gardens
BAHAN A:
• 500g ayam tanpa tulang
(dipotong kiub)
• ¼ cawan minyak masak

BAHAN PERAP:
• 1¼ sudu teh garam
• ¼ sudu teh lada sulah
• 1 sudu teh tepung jagung

BAHAN B:
• 50g lada benggala hijau
(dibuang biji & dipotong
kiub)
• 50g lada benggala merah
(dibuang biji & dipotong
kiub)
• 50g nanas (dipotong kiub)

Sos Masam Manis
BAHAN C:

• 10 sudu besar sos tomato
Gardens
• 2 sudu besar sos cili
Gardens
• 3 sudu besar gula
• 1 sudu besar kicap cair
• 2 sudu besar jus lemon
• 100ml air

CARA MEMBUATNYA:

1. Untuk menyediakan sos masam manis, masukkan kesemua bahan C ke dalam mangkuk dan gaul sehingga sebati.

2. Perap ayam yang telah dipotong kiub selama 20 ke 30 minit.

3. Panaskan ¼ cawan minyak masak menggunakan kuali leper, setelah panas, masukkan ayam yang telah diperap dan goreng sehingga keperangan. Angkat, tos dan ketepikan.

4. Dalam kuali yang sama, masukkan kesemua bahan B dan tumis selama 2 ke 3 minit.

5. Tuang adunan sos masam manis, masukkan ayam yang siap digoreng dan masak seketika.

Gardens mempunyai empat jenis sos istimewa iaitu: 

Gardens Sos Cili

Kaya dengan rasa pedas dengan sedikit letusan rasa manis. Sesuai dihidang bersama nasi goreng dan ayam goreng kegemaran.

Gardens Tomato Ketchup

Gabungan rasa masam dan manis memikat, selain penuh dengan percikan rasa jus tomato segar. Enak digandingkan bersama kentang goreng atau burger.

Gardens Sos Cili Thai

Mengangkat cita rasa asli Thai dengan gabungan rasa pedas, masin dan manis yang membangkitkan selera.

Gardens Sos Cili Bawang Putih

Sos cili likat dengan sentuhan rasa bawang putih. Keunikan rasa sos ini melengkapi pelbagai hidangan termasuk ladu dan dim sum.

Artikel ini disiarkan sempena Istimewa Gardens