Yana Samsudin Selamat Melahirkan Bayi Lelaki

Bersalin awal daripada jangkaan.

Pelakon Yana Samsudin selamat melahirkan putera sulungnya 21 Julai lalu. Perkhabaran gembira itu diumumkan menerusi akaun Instagram suaminya yang juga adik kepada pelakon Farid Kamil, Fadzil Bahari Zahari,semalam.

yana samsudin baby

Menerusi kapsyen di Instagram, Fadzil meluahkan perasaan gembiranya juga kagum terhadap pengorbanan Yana yang melahirkan bayi mereka.

Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum wbt… Alhamdulillah isteri saya @YanaSamsudin selamat melahirkan seorang baby boy pada 21.07.2016 terima kasih kepada isteri yang bersusah payah, bersakit sakit dalam proses melahirkan, tak ternilai jasa dan pengorbanannya.. I love u so much sayang ?☺️ moga cepat sembuh…. terima kasih juga pada mama abah, mak abah yang tak henti henti berdoa, adik beradik, sahabat2, kawan2 dan hangpa semua yang sentiasa mendoakan… Alhamdulillah… Kami juga mendoakan kesejahteraan hangpa semua…

yana baby

Laporan akhbar sebelum ini berkata Yana dijangka bersalin hari ini, 26 Julai namun kelahiran bayi mereka awal lima hari. Yana juga membuat persiapan secara sederhana untuk bayi pertama mereka ini dengan membeli barang keperluan penting. Malah Yana juga kurang membeli belah ketika hamil iaitu sesuatu yang bertentangan dengannya yang gemar bershopping sebelum ini.

yana baby

Diharap Yana melalui proses berpantang dengan sempurna dan akan kembali aktif berlakon selepas kembali sihat. Kali terakhir Yana beraksi di layar perak adalah menerusi filem ‘Adnan Sempit Sawadikap’ pada tahun 2014. Yana mula meraih populariti menerusi drama bersiri ‘Siti Kelembai’ yang telah meraih rating tertinggi 2.5 juta penonton di TV9. Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin dan Fadzil, mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015. Jelita mengucapkan tahniah dan semoga Yana semakin bahagia dengan kehadiran si kecil dan selamat menempuhi pengalaman sebagai seorang ibu.

Foto: instagram.com/yanasamsudin/fadzilzahari