Tular Kes Artis Dengan Dadah, Ketahui 9 Kesan Pengambilan Dadah Jenis Ganja Ini

Dadah bukan sahaja memberikan kesan yang buruk kepada diri sendiri tetapi juga kepada orang lain.

Bulan lalu, dunia hiburan telah dikejutkan dengan penahanan pelakon terkenal, Datuk Farid Kamil selepas positif dadah. Semalam, sekali lagi dunia hiburan dikejutkan dengan penahanan seorang lagi pelakon berbakat, Sofi Jikan. Sofi Jikan telah ditahan pihak polis selepas didapati positif dadah jenis ganja.

Sofi Jikan diberkas di Balai Polis Mutiara Damansara pada malam Isnin yang lalu ketika dia hadir untuk memberikan keterangan berhubung laporan polis yang dibuat oleh Datuk Farid Kamil pada 31 Januari lalu.

Datuk Farid Kamil telah membuat laporan polis dan mendakwa tiga rakan artisnya adalah dalang di sebalik kejadian meletakkan dadah dalam minumannya.

Dadah adalah bahan berbahaya yang bukan sahaja boleh memusnahkan kerjaya dan masa depan anda tetapi ia juga akan memakan tubuh anda dari dalam dan akhirnya akan mengakibatkan penyakit yang boleh membawa maut.

Berikutan dengan kes yang berlaku ini, Jelita senaraikan sembilan kesan dadah pada tubuh badan anda.

1 of 9

Mulut Kering

Antara kesan yang kebanyakan pengguna ganja tahu. Lebih dikenali sebagai “cottonmouth,” gejala ini akan membuatkan pengguna mengalami perasaan tidak selesa kerana kekurangan penghasilan air liur. Sebuah kajian telah dijalankan dalam sebuah journal yang bertajuk, “Addiction Research & Theory,” yang dijalankan pada tahun 2003 menunjukkan 79% daripada pengguna ganja mengalami gejala ini.

1 of 9

Mulut Kering