Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Bakal Timang Anak Lelaki

Syamsul Yusof dan Puteri Sarah sahkan jantina anak sulung mereka adalah lelaki.

syamsul-yusof

Gambar: Instagram Syamsul Yusof


 
Sabtu lalu, pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Puteri Sarah disahkan hamil anak lelaki.
 
Perkara gembira itu diketahui ketika membawa isterinya membuat pemeriksaan kehamilan, dua minggu lalu.

“Sambil membuat pemeriksaan isteri saya turut menjalani ujian imbasan kehamilan dan doktor mengesahkan isteri hamil anak lelaki. Saya gembira dan bersyukur apatah lagi ini adalah anak pertama kami. Usia kandungan kini mencecah lima bulan dan dilaporkan sihat.”- Syamsul Yusof, Harian Metro.

Tambah Syamsul lagi, dia masih belum membuat sebarang persiapan kelengkapan bayi memandangkan mereka baru sahaja mengetahui jantina bayi mereka.
 
Syamsul yang memenangi kategori Pengarah Terbaik Filem pada Anugerah Skrin Jumaat lalu turut menyifatkan kemenangan yang diraihnya adalah rezeki anak yang bakal lahir.
 
Sebelum ini, Syamsul turut memenangi kategori Pengarah Terbaik bagi filem Munafik pada Festival Filem Malaysia ke-28 yang berlangsung baru-baru ini dan Syamsul juga turut melayakkan diri ke peringkat Anugerah Juara Lagu ke-31 menerusi lagu Kalah Dalam Menang duet bersama Mawi.