Rahsia Kecantikan Siti Saleha

Ini adalah rahsia kecantikan pelakon jelita, Siti Saleha

Senyuman manis tidak pernah lekang daripada bibir Siti Saleha. Dilihat mempunyai pakej yang lengkap untuk bergelar primadona lakonan suatu hari nanti, pelakon jelita berdarah kacukan Inggeris ini sentiasa mencuri lensa kamera kerana bakat dan kejelitaannya.
 

 
Mempunyai kulit wajah yang mulus dan bebas cela, apakah tuin cantik yang boleh dikongsikan?

Apa yang saya praktikkan ialah sentiasa menggunakan krim pelembap agar kulit tidak kering dan kusam. Selain itu, saya akan pastikan untuk menanggalkan sisa solekan dan bersihkan wajah sebelum tidur agar tiada bakteria yang melekat pada wajah.
 
Apakah tip yang sering diamalkan untuk kesihatan dan kecantikan?

Dulunya saya tidak mengamalkan pengambilan suplemen kerana kurang pemahaman tentang kebaikannya. Kini, setelah mendapat pendedahan, saya mengamalkan fish oils, zink dan magnesium setipa hari. Oh ya, jangan lupa minum air putih dengan secukupnya.
 
Apakah rawatan yang ‘wajib’ dilakukan jika ke pusat kecantikan?

Rawatan rambut dan kulit kepala. Bagi saya, rambut yang cantik bermula daripada kulit kepala yang sihat. Tidak ketinggalan, urutan badan dan juga refleksologi antara yang mesti saya lakukan.
 
Jika hendak cepat, apakah yang diaplikasikan ketika meriah wajah?

Triknya adalah sapukan penyamar noda bawah mata, lentikkan bulu mata dan oles glos bibir.
 
Tiga item mekap di dalam tas tangan?

Bedak asas, maskara dan gincu