Momen Terbaik Dan Pelik Di Anugerah Juara Lagu

Lihat momen terbaik dan pelik yang berlaku di pentas Anugerah Juara Lagu 32 semalam

Malam berprestij Anugerah Juara Lagu 32 telah menyaksikan persembahan yang terbaik daripada peserta yang tercalon. Majlis anugerah yang diadakan di Dewan Axiata Bukit Jalil pada jam 9 malam tersebut telah mencipta momen terindah buat penonton yang hadir dan juga buat penonton yang menonton di rumah secara langsung di TV3.

Selain daripada momen terbaik, pentas Anugerah Juara Lagu malam semalam tidak terlepas daripada momen yang agak pelik. Jelita kongsikan beberapa momen terbaik dan pelik yang berlaku di Anugerah Juara Lagu.

1 of 10

Gabungan Pengacara Yang Terbaik

Pengacara memainkan peranan penting dalam sesebuah acara. Setiap tahun, AJL akan memilih beberapa pengacara untuk mengacarakan acara tersebut. Gandingan pengacara yang sepadan akan mencetuskan momen terbaik dalam acara tersebut. Tahun ini, AJL 32 telah memilih selebriti, Alif Satar dan Sherry Alhadad untuk mengacarakan acara tersebut. Ternyata gabungan dua selebriti ini telah membuatkan suasana acara tersebut bertambah meriah. Kedua selebriti ini telah menunjukkan professionalism yang tinggi dan membuatkan penonton seronok untuk menonton acara/ rancangan tersebut. Netizen turut memuji gabungan Alif Satar dan Sherrry Alhadad pada malam semalam. Sememangnya, penonton tidak kering gusi melihat gelagat dua pengacara tersebut. Netizen turut memuji busana yang dikenakan oleh Sherry yang tampil anggun pada malam tersebut.

1 of 10

Gabungan Pengacara Yang Terbaik